Kanak-kanak lelaki maut terkena sabit ketika menemani datuknya mengait sawit di Sungai Tiang Darat, Bagan Datuk, kira-kira jam 2 petang, semalam, lapor Harian Metro.
Difahamkan, Mohd Riduan Hakim Abd Rashid, 12, menemani datuknya mengait kelapa sawit ekoran cuti sekolah. Siasatan awal mendapati, sabit digunakan datuk mangsa pada alat pengait kelapa sawit terjatuh bersama buah sawit sebelum melantun dan terkena bahagian kiri dada Mohd Riduan, kata Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar.
Murid tahun enam itu dikejarkan ke Klinik Kesihatan Sungai Batang, Bagan Datuk untuk menerima rawatan. "Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia akibat parah di dada kirinya. "Mayat dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat," katanya. - CARI
|
24
Bagus |
13
Marah |
11
Terkejut |
17
Sedih |
13
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
batmana replied at 1-2-2018 03:54 PM
bahaya wei
bdk2 kene ada pantau
iloveselangor replied at 2-2-2018 12:53 PM
Semoga family redha dan tabah.
ADVERTISEMENT