CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Minum Kopi Dengan Telur Mentah, Siapa Sanggup?

6-2-2018 11:26 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 11278| Komen: 42|Original author: Oleh: Zailina

Campuran telur dengan kopi panas? Eww, loya tekak! Macam tak percaya apa yang sanggup minum campuran dua bahan ini semata-mata untuk lebih sihat, lebih cantik atau lebih apa-apalah. 


Bagaimanapun, Mirror melaporkan pakar penjagaan badan mengesyorkan campuran telur mentah dengan kopi panas. Malah, di United Kingdom serta Amerika Syarikat, minuman ini sangat dikenali di kalangan pelari dan pemain bola keranjang.


Biar loya tekak asal dapat khasiat, setuju?
Foto: puttingweirdthingsincoffee


Ia juga telah diamalkan di Hungary, Scandinavian dan Vietnam. Namun, berbeza dengan kopi telur di Vietnam iaitu Ca Phe Trung yang sudah terkenal sejak dulu lagi. Ia menggunakan telur mentah, tapi dipukul berasingan dengan susu pekat. 


Foto: Cooking in College

Ramai orang minum kopi sebelum memulakan riadah untuk meningkatkan tenaga dan meringankan 'penderitaan' mereka sepanjang sesi senaman. Nampaknya kita makin sibuk dan tiada masa nak mengambil sarapan sempurna, jadi minum saja kopi bertelur. 


Dulu heboh mentega dan minyak kelapa campur dengan kopi, sekarang telur?

Yang menjadi persoalan, telur mentah mungkin ada salmonella yang boleh menyebabkan kesihatan terganggu terutama bagi wanita mengandung dan orang-orang tua. Dikatakan, suhu kopi setinggi 93 darjah Celcius mencukupi untuk memasak telur (suhu minima 70 darjah). Hanya jangan campurkan telur mentah ke dalam latte atau minuman lebih sejuk. Oh ya, jangan guna sembarangan telur, sebaliknya gunalah telur yang dipastur.


Kopi telur ala Vietnam
Foto: runawayrice

Telur mengandungi protein, kopi pula elok diminum tapi jangan berlebihan pula ya. Pun begitu, protein perlu diambil selepas sesi senaman, manakala kopi tak digalakkan diambil pada waktu itu. 

Jadi, pakar nutrisi berkata kopi mesti diminum sebelum riadah (kafein di dalam kopi wajar dielakkan sama sekali). Selepas 30 minit, anda disarankan untuk makan sarapan yang sempurna yang tinggi karbohidrat (roti, oat, bijirin dll).

Pelbagai idea untuk dapatkan khasiat, kan? Buatlah pilihan bijak, jangan sampai memudaratkan tubuh badan. - CARI
5

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
10

Sedih
16

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • PamilaRBowman

  • PamilaRBowman

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 6-2-2018 11:41 AM
Kalau telur ayam kampung pernah la.mkn dgn madu. Bercinta nk telan
Quote msdummy.2018 6-2-2018 11:58 AM
adoiiii
Quote mizzmimi 6-2-2018 12:00 PM
Petua kalau nak bersalin, campur teh dengan kuning telur ayam kampung. Tak rasa pun telur tu, cuma pekat sikitla. Bagi energy untuk teran
Quote mdhelmi 6-2-2018 01:47 PM
xpernah cuba minum dgn kopi
tp telur mentah mmg pernah makan
dulu2 mmg org suka baling telur time besday, yg mana tinggal2 tu aku telan jela
skrg ni xdela sampai nk makan yg mentah
telur separuh masak hampir setiap hari makan
Quote mochi1098 6-2-2018 02:04 PM
Eh. Aku penah minum camni dulu.. tapi kopi 'o' tu mmg panas berasap. Then pecah telo ayam kampung sbijik. Dia mmg masak dlm air tu. Tak pelik rasa dia. Mcm kopi susu warna
Quote mochi1098 6-2-2018 02:09 PM
noraidil_06 replied at 6-2-2018 11:41 AM
Kalau telur ayam kampung pernah la.mkn dgn madu. Bercinta nk telan

Telo ayam kampung ngan madu pon penah makan. Telo tu mcm masak. Memula memang hauk jugak rasa.. Lama2 ok.
Quote syue86 6-2-2018 03:33 PM
penah kena paksa makan telur ayam kampong campur kunyit hidup..smpai skg trgat
Quote whitePoison 6-2-2018 11:04 PM
erkkkk..
Quote EncikRhoma 7-2-2018 04:27 PM
tok ti telan telo mentah dalam toilet rilek je
Quote supernaturalee 7-2-2018 05:27 PM
EncikRhoma replied at 7-2-2018 04:27 PM
tok ti telan telo mentah dalam toilet rilek je

ada jgk yg nk kaitkan dgn die

Quote candybatik 8-2-2018 07:49 PM
mochi1098 replied at 6-2-2018 02:04 PM
Eh. Aku penah minum camni dulu.. tapi kopi 'o' tu mmg panas berasap. Then pecah telo ayam kampung  ...

Sama mcm ayh sy dl2. Kopi o + tlr ayam kg jgk. Skrg x minum dah. Puas dah kot
Quote mochi1098 9-2-2018 12:20 AM
candybatik replied at 8-2-2018 07:49 PM
Sama mcm ayh sy dl2. Kopi o + tlr ayam kg jgk. Skrg x minum dah. Puas dah kot

Haa..minum pon sebab tgk ayah duk minum. Mcm best. Tu try..
Quote adel7 9-2-2018 02:52 AM
Macam tak boleh nak telan je.
Quote mejaputih 12-2-2018 12:47 PM
masa sekolah rendah dulu penah buat nescafe yg tgh panas letak telur ayam kampung...not bad gak rasa..tp kalau skrg mcm dah x lalu nk try balik...dulu ok pulak.
Quote vanillaninja 14-2-2018 11:35 AM
Half boiled eggs pun I tak pernah makan, yang mentah memang jauh sekali la
Quote kimchipedas 14-2-2018 02:36 PM
Mcm menarik ja tgk yg vietnam punya kopi tu
Quote kimchipedas 14-2-2018 02:36 PM
Mcm menarik ja tgk yg vietnam punya kopi tu
Quote mzzenma 14-2-2018 03:56 PM
Baru semalam terbaca orang tibet suka minum butter tea..bagus untuk panaskan badan sebab diorang duduk dekat altitud tinggi. Butter tu buat guna susu yak.
Quote pinkypetal 14-2-2018 07:50 PM
Tak tertelan kekdahnya

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.093590 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top