Ada penggemar nachos di sini? Pasti anda tidak akan lepaskan peluang untuk merasa keunikan nachos di Nachoslah yang terletak di Port Damansara. Nachos yang merupakan antara hidangan Mexico sering menjadi kegemaran ramai kerana kuahnya dan juga toping yang ditambah mengikut pilihan anda. Namun kita sedia maklum nama pun sudah berasal dari Mexico jadi kebanyakan nachos di Malaysia ini dihasilkan dengan citarasa Mexico juga. Tetapi seperti yang dikongsi laman The Vocket, Nachoslah ini mempunyai satu kelainan yang agak luar biasa dan menarik ramai pengunjung untuk cuba makan Nachos dengan rendang. Rare dan unik bukan? Nama pun lidah Melayu pastilah ia meronta bila anda mendengar makanan Mexico seperti Nachos diubah suai mengikut citarasa Malaysia dan juga kegemaran ramai iaitu rendang.
Apa yang membezakan Nachoslah dengan kedai konsep Mexican yang lain? Semestinya kerana hidangan nachos di sini yang diberi sentuhan tempatan. Jadi bila makan nachos dengan topping perisa rendang, mestilah rare dan orang Mexico sendiri tidak tahu untuk buat nachos perisa rendang ini. Nachoslah juga turut menawarkan anda pelbagai variasi nachos yang anda boleh pilih sendiri. Tidak susah untuk membuat pesanan ikutlah langkah seperti di bawah: 1) Pesan saiz nachos yang anda mahu 2) Kemudian beritahu jenis 'kuah' yang anda suka 3) Akhir sekali pilih pula topping yang menyerlahkan lagi kesedapan nachos anda Mudah bukan. Kalau anda mahu kelainan bolehlah cuba rendang daging atau ayam untuk nachos anda kerana ia adalah kegemaran ramai bila makan di Nachoslah. Okay bagi memberikan anda keyakinan kami kongsikan gambar-gambar dari Nachoslah untuk tatapan anda semua. -CARI |
18
Bagus |
10
Marah |
12
Terkejut |
16
Sedih |
20
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT