Jarang sekali kita dengar wanita dipilih dan dilantik menjadi presiden kelab bola sepak. Bukan tidak ada, namun biasanya ia cukup sinonim dengan kaum lelaki yang dilihat lebih berkaliber untuk menjawat jawatan penting itu. Tetapi tidak bagi 6 wanita ini, yang membuktikan mereka mampu memikul tugas berat itu dengan pelbagai cabaran dan dugaan bagi memastikan kelab mereka mempunyai reputasi yang cukup baik dalam liga di negara masing-masing. Jom kita kenali mereka. 1. Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Tunku Aminah dilantik menjadi Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) pada tahun 2016. Sudah pasti baginda berusaha keras memastikan JDT bukan sahaja perlu sentiasa berada pada prestasi terbaik malah dikenali sebagai kelab yang mempunyai fasiliti yang bagus. 2. Esti Puji Lestari Berusia 39 tahun, Esti Lestari merupakan Presiden Persijap Jepara Indonesia. Beliau juga merupakan isteri kepada pemain import Indonesia, Carlos Raul Sciucatti yang berasal dari Argentina. 3. Siti Zubaidah Abdul Jabar Berusia 57 tahun, Siti Zubaidah memegang jawatan sebagai Presiden Kelab Bola Sepak PKNS. Beliau diberi kepercayaan menerajui PKNS FC pada 2014 dan hasilnya berjaya membawa PKNS muncul naib juara Piala FA 2016 4. Nualphan Lamsam Siapa sangka wanita bertubuh kecil ini berusia 51 tahun. Dia merupakan Presiden Kelab Port FC Thailand dan juga pengurus pasukan bola sepak wanita Thailand. 5. Bibi Ramjani Ilias Khan Bibi Ramjani dilantik menjadi Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA) September 2017. Beliau merupakan usahawan terkenal Desa Murni Batik dan Reka Jati Construstion. 6. Boonying Nitikarnchana Wanita berusia 57 tahun ini merupakan Presiden Kelab Ratchaburi Mitr Phol Fc Thailand. Kelab yang sinonim dengan panggilan 'The Dragons' ini meraih kedudukan ke-6 keseluruhan pada musim lalu. - CARI |
21
Bagus |
16
Marah |
22
Terkejut |
18
Sedih |
13
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT