CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Menakjubkan! Sperma Yang Dibekukan 20 Tahun Hasilkan Bayi Tertua Di Dunia!

5-2-2018 11:47 AM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 4738| Komen: 25|Original author: Oleh: Amiey

Setiap apa yang berlaku, baik cepat atau lambat pasti ada hikmah di sebaliknya. Dan, setiap keputusan yang diambil kita pada masa kini membawa kesan kepada diri kita pada masa hadapan.




Begitu juga yang berlaku di Australia apabila sepasang suami isteri Alex Powell dan Vi dikurniakan dengan cahaya mata. Namun, bayi yang baru dilahirkan itu digelar sebagai bayi paling tua di dunia. 
Sumber: Daily Mail
Eh, mengapa pula?


Ini kerana bayi tersebut lahir hasil daripada sperma Alex yang disimpan dan dibekukan semenjak tahun 1990 lagi, pada ketika Alex baru berusia 15 tahun.

Alex yang pada ketika itu menderita sakit 'Lymphoma Hodgkin' atau kanser limfoma pada sel darah putih yang memerlukannya untuk menjalani rawatan kemoterapi bagi membunuh sel-sel kanser tersebut.

Alex ketika berusia 15 tahun

Ibu tiri Alex iaitu Patricia mencadangkan anak tirinya itu untuk pergi ke bank sperma bagi menyimpan benih tersebut sebelum menjalankan rawatan kemoterapi.

Patricia mendapat idea tersebut setelah bertemu dengan seorang wanita yang juga ibu kepada pesakit kanser ketika membawa Alex untuk mendapatkan rawatan tentang penyakitnya. 

Wanita tersebut menasihatkan Patricia untuk membawa anak tirinya ke bank sperma dan menyimpan benihnya di sana sebagai persediaan masa hadapan. 

Sumber: Daily Mail

Ternyata, ianya merupakan sesuatu yang sangat berguna kepada Alex kerana dia disahkan tidak subur akibat daripada rawatan demi rawatan yang diterimanya bagi melawan kanser yang dihidapi. 

Sebenarnya tidak pernah terlintas dalam fikiran saya tentang sperma yang dibekukan itu, sehingga saat kami menginginkan anak. Saya ada sikit keraguan adakah sperma yang berusia lebih dari 20 tahun itu masih boleh digunakan.” Kata Alex.

Sumber: Daily Mail

Disebabkan keinginan untuk memiliki anak sangat tinggi dalam diri Alex dan isterinya, Vi, maka pada akhir tahun 2013 mereka telah pergi ke bank sperma untuk melakukan proses bayi tabung uji. 

Nasib mereka agak baik apabila persenyawaan tersebut berjaya dan mereka berjaya memiliki anak yang diberi nama Xavier Powell yang kini sudah pun berusia 3 tahun.
Xavier Powell
Menakjubkan, kan? Malaysia ada tak buat bank sperma macam di Australia?-CARI
16

Bagus
27

Marah
13

Terkejut
27

Sedih
26

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 5-2-2018 01:27 PM
jemput setad setazah komen sepatah dua kata


Quote Lorra2411 5-2-2018 01:40 PM
wow, menakjubkan
Quote merrissa 5-2-2018 01:46 PM
supernaturalee replied at 5-2-2018 01:27 PM
jemput setad setazah komen sepatah dua kata

okay je kot....sperma dia..bini dia..lagipon dia sakit...bukan sebab nak tukar jantina ke apa ...jadi x salah kot
Quote supernaturalee 5-2-2018 01:49 PM
merrissa replied at 5-2-2018 01:46 PM
okay je kot....sperma dia..bini dia..lagipon dia sakit...bukan sebab nak tukar jantina ke apa .. ...

tp sperm tu dikeluarkan sblm ada ikatan sah
acaner tu


Quote whadda 5-2-2018 01:58 PM
berguna jugak simpanan tuk masa hadapan
Quote ashcroft86 5-2-2018 04:38 PM
Tu lah, teringin nak tahu dari segi agama. Sperm sebelum nikah, tapi sakit kronik. Haram terus or diharuskan?Setazah and ustazah forum, minta pencerahan.
Quote abangadek 5-2-2018 04:42 PM
kalau ada sejarah keluarga yang kanser makanya anak2 juga ada kemungkinan untuk dapat kanser
Quote anony-mous 6-2-2018 12:39 AM
Aku pon pening part ni. Ni bkn teknik IVF ke? Dlu penah dgr ada ustad ckp ni la slh 1 “ank luar nikah” yg straight to the point. Tp aku ingtkn boleh sb sperm laki sdri kn? Baca sini baru tau rupanya klau blom nikah xboleh ye? Klau kes mcm ni, mcm mana?
Quote cmf_premierleag 6-2-2018 12:45 AM
Me sungguh sebak bila mana keadaan kesihatan alex smkn teruk lps rawatan kanser
Mmg kalau dia tak keluarkan sperma ms muda, mmg tiada harapan utk dia dpt kan zuriat sendiri
Satu anugerah besar bagi pesakit kanser mcm dia bila tgk zuriat sendiri berjaya dilahirkan
Quote Margarita 6-2-2018 06:01 AM
oh... interesting
Quote HoneyManjer 6-2-2018 07:41 AM
Agama memudahkan jgn susahkan sesuatu perkara...heheheheh

#doneustajah
Quote ariean 6-2-2018 08:33 AM
Setiap apa yang berlaku, baik cepat atau lambat pasti ada hikmah di sebaliknya. Dan, setiap keputusan yang diambil kita pada masa kini membawa kesan kepada diri kita pada masa hadapan.


sedap plak dgr kata2 ni pg2 hari...thumbs up to author.

kagum tol ngn survivor cancer ni. ak nk mkn ubat pn ssh, ni kn plak yg kena kimo n mkn ubat semangkuk lebih sehari...
Quote jahcomel 6-2-2018 09:42 AM
cmf_premierleag replied at 6-2-2018 12:45 AM
Me sungguh sebak bila mana keadaan kesihatan alex smkn teruk lps rawatan kanser
Mmg kalau di ...

bagus mak tiri dia kn kak...bukannya mcm mak tiri kt msia sanggup bsubahat ngn somi bunuh anak tiri...
Quote cmf_premierleag 6-2-2018 09:46 AM
jahcomel replied at 6-2-2018 09:42 AM
bagus mak tiri dia kn kak...bukannya mcm mak tiri kt msia sanggup bsubahat ngn somi bunuh anak tir ...

Iya sis
Dlm kes ni saja kita boleh lihat yg ibu tiri nya yg kafirun laknatullah bahan bakar api neraka tu lebih mulia dan mampu fikir panjang utk rezeki yg di luar kemampuan kita
Namun di malayzia, ada pula ibu tiri moslem bertudung sanggup bunuh anak tiri sendiri
Quote noni165 6-2-2018 04:31 PM
xtau hukum mcm mana..tp ini salah satu perkara yg menakjubkan..terbukti frozen sperm masih boleh pakai..
Quote RatuDunia94 7-2-2018 01:27 AM
Bank Sperma tu camno? Heols g kaunter bank pastu lanchhh depan akak kaunter pastu pancut kt dlm botol gitu?
Quote chentadearhati 11-2-2018 09:38 PM
RatuDunia94 replied at 7-2-2018 01:27 AM
Bank Sperma tu camno? Heols g kaunter bank pastu lanchhh depan akak kaunter pastu pancut kt dlm boto ...

Ak pun terpk gitu
Quote makita 11-2-2018 10:08 PM
Mak tiri omputeh kisah sgt kebajikan anak tiri n cucu.
Mak tiri melayu wpon muslim..fikir kebajikan sendiri aje. Kalau tak zalim mcm kisah bwg merah tu...dia tolong laki dera anak.
Quote makita 11-2-2018 10:10 PM
RatuDunia94 replied at 7-2-2018 01:27 AM
Bank Sperma tu camno? Heols g kaunter bank pastu lanchhh depan akak kaunter pastu pancut kt dlm boto ...

Nak pancut depan kaunter tu pon bole..tak yah botol botol ni

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.088125 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top