Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan menghadiahkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dengan sebuah kereta Aston Martin.
Ia difahamkan bersempena meraikan kemenangan menjuarai piala yang ke-10 iaitu Piala Sumbangsih 2018. Menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers, dimaklumkan kereta mewah itu berkonsepkan Johor iaitu dengan warna merah dan biru. “Sempena meraikan kemenangan menjuarai piala yang kesepuluh, pemain-pemain dan barisan kejurulatihan pasukan Johor Darul Ta’zim telah menghadiahkan DYAM Tunku Mahkota Johor sebuah kereta Aston Martin yang berkonsep Johor (merah biru). "Allah Peliharakan Sultan,” seperti dipetik dari laman Facebook Johor Southern Tigers.
Kelmarin JDT melakar kemenangan 2-1 ke atas Kedah sekali gus memenangi trofi Piala Sumbangsih 2018 hasil jaringan Luciano Figueroa dan Marcos Antonio. - CARI
|
8
Bagus |
18
Marah |
3
Terkejut |
3
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hanakikan replied at 5-2-2018 09:33 PM
dari poket sendiri kembåli kepåda poket sendiri?
ADVERTISEMENT