CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Biar Betul! Baju Hello Kitty Ini Mencecah Setengah Juta Ringgit. Boleh Beli Banglo Sebiji Tu!

7-2-2018 11:29 AM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 6363| Komen: 31|Original author: Oleh: Amiey

Pernahkah anda terfikir untuk membeli baju yang bernilai setengah juta ringgit? Peminat tegar untuk sesuatu jenama atau produk kebiasaannya akan sanggup melaburkan sejumlah wang bagi mendapatkan barang yang diingininya walaupun harga mencecah puluhan ribu ringgit. 




Mungkin bagi mereka yang terlebih mampu, wang bukanlah satu masalah.


Baru-baru ini, seorang usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Yus Amina Mohd Zawiyah,27  memuat naik paparan skrin perbualannya bersama seorang lagi individu yang menyatakan minat untuk membeli baju Hello Kittynya itu.




Kisah bajunya terus hangat diperkatakan selepas mendapat tawaran daripada seorang individu bergelar ‘Datuk’ dan seorang ahli perniagaan.



“Berapa ‘dear’ jual? Saya berminat ‘dear’. Betul-betul berminat,” kata individu berkenaan.

“Kalau saya letak harga RM500,000 satu set baju Hello Kitty, macam mana setuju?,” balasnya.

Harga setengah juta yang ditawarkan itu mengejutkan individu berkenaan termasuk netizen, sehingga ia tular di media sosial.



Yus Amina atau lebih dikenali sebagai Afina berkata, sehingga kini beliau terus menerima banyak mesej di telefon dan laman sosial yang berminat untuk mendapatkan baju Hello Kittynya yang pernah tular tahun lalu.

Afina menjelaskan bahawa paparan skrin yang dikongsinya di laman sosial itu merupakan pertanyaan daripada seorang wanita yang merupakan ahli perniagaan.

“Memang saya letak harga RM500,000 untuk baju Hello Kitty yang pernah dipakai saya, suami dan anak perempuan, ada tiga helai kesemuanya."

“Ramai sangat yang tanya berapa harga, jadi senang cerita saya terus letak harga tu. Bagi saya, kalau mereka betul-betul peminat Hello Kitty dan mampu, mereka boleh beli dengan harga yang saya tawarkan tu,” katanya kepada mStar Online.

Afina berkata, lambakan mesej yang diterima berhubung baju Hello Kitty menyukarkan beliau membezakan pelanggan yang mahu berurusan mengenai produk kecantikannya.



Ditanya mengenai harga setengah juta dianggap terlalu tinggi, Afina menjelaskan bahawa selama ini dia tidak pernah menetapkan sebarang harga untuk baju-baju tersebut.

“Baju Hello Kitty yang dibeli pada harga RM50,000 pun bukan saya yang tetapkan tetapi ia ditawarkan oleh pembelinya. Jadi, bila dah banyak sangat yang tanya, tak salah kali ini saya pula yang nak 'demand' (letak harga),” tambahnya lagi.

Baru-baru ini, usahawan kosmetik ini dikejutkan dengan keputusannya menjual enam baju Hello Kitty berharga RM50,000 kepada seorang ahli perniagaan.

Dalam pada itu, Afina mendedahkan bahawa dia menerima komen-komen negatif berhubung harga setengah juta itu tetapi telah dipadamkannya di laman sosial.

“Mereka kata melampau sebab jual baju tu mahal sangat. Sampai ada yang kata ‘baju guna kain cadar tapi jual harga boleh beli rumah".

“Ingin saya jelaskan bahawa kain yang saya beli tu memang untuk dibuat baju sebab tu saya sekeluarga pakai. Tapi kain tersebut tak banyak jual, ‘limited’,” katanya.



Tahun lalu, kisah Afina dan anak perempuannya berbaju raya Hello Kitty tular apabila seorang lelaki bergelar Datuk Z sanggup membeli baju berkenaan pada harga ribuan ringgit untuk anak perempuannya termasuk cucu yang menghidap kanser hati.

Apa kata anda? Berbaloi atau tidak? - CARI 
10

Bagus
27

Marah
9

Terkejut
35

Sedih
10

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote axl_bach 7-2-2018 11:33 AM
MArketing stunt, phuiiii
Quote shernazz 7-2-2018 11:41 AM
Choi lah
Dah ada tahun lepas
Quote Oroi8887 7-2-2018 11:42 AM
Merepek jek
Quote beeeee 7-2-2018 11:42 AM
Ko dah kenapa hello kitty je pun
Quote Artemesiaa 7-2-2018 11:54 AM
Kain macam guna untuk buat cadar sarung bantal je pun gigih nak markup harga cam tu
Quote nisako 7-2-2018 11:55 AM
semak je...............
Quote eLiaD 7-2-2018 12:03 PM
fake acc la tu chat ngan diri sendri kehkehkeh
Quote aleesyasofia 7-2-2018 12:04 PM
cari jer la kain hello kitty pastu bt bju.. xde la smpai stgh juta pon..
Quote sheqim 7-2-2018 12:11 PM
Lahhh, beli kain meter jelahh.. pastu g tempah kat tailor.. xpaham aku minat ngan hello kitty ni....

Pastu yg ss 500k tu cam bangla je tnye dia hahaha
Quote aHoi83 7-2-2018 12:21 PM
Metro di bayar utk up semula kesenduan makhluk ni kah? Biz marketing sgt
Quote Rainrein 7-2-2018 12:30 PM
Cheap stunt la acik.
Quote CiliPadiSedap 7-2-2018 12:35 PM
hello kitty ni ada ipo tak?

akak nak patenkan hello vokuru nak IPO trademark bisnes dan kartun. kartun logo hantu kopek
Quote buapakperut 7-2-2018 01:21 PM
Strategi upkan bisnes .macam2.. Huduh nau baju tu. Lagi2 die sekeluarga pakai dah macam badut.
Quote zawara 7-2-2018 01:27 PM
Kain cotton cadar je pon..Bknnya satin hello kitty ke songket hello kitty ke..Phuii sgt la..P jela kamdar beli kain,upah org buat bju kurung xsmpai ribu riban pon
Quote saviour_09 7-2-2018 01:39 PM
so pppppppprt acik ni
kain kembang2 gitu renda2 aahhh dammit!!!
Quote mieymiey 7-2-2018 01:55 PM
Dear dear dear dear dear
Quote panadolsoluble 7-2-2018 07:35 PM
rasa kt spotlight ada jual corak hello kitty. cotton mahal lak tu.corak frozen spiderman superman starwars batman ninjaturtle dll pon ada
Quote saladin780 7-2-2018 08:01 PM
axl_bach replied at 7-2-2018 11:33 AM
MArketing stunt, phuiiii

ajaran dr zizang semang mickey mouse ..yg penting viral katanya..mak ko itteww sangat prangai
Quote axl_bach 7-2-2018 08:37 PM
saladin780 replied at 7-2-2018 08:01 PM
ajaran dr zizang semang mickey mouse ..yg penting viral katanya..mak ko itteww sangat prangai ...

Mak ko ittewww tu tgh trending ker??

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.037966 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top