CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tayar Celup: Kemungkinan Ada Proses 'Kawtim' Di Puspakom

7-2-2018 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2321| Komen: 4

Kes melibatkan tayar celup dilihat semakin berleluasa dan membimbangkan. 

Memetik laporan Astro Awani, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menolak kemungkinan ada pengusaha atau pemandu kenderaan berat yang memanipulasi proses pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), terutama melibatkan tayar celup.


Malah, Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman juga mengesyaki berlaku proses 'selesai' atau 'kawtim'.

"Kenderaan berat akan menjalani pemeriksaan di Puspakom sekali dalam tempoh enam bulan, ini mandatori.

"Berkemungkinan juga dia (pemandu kenderaan berat) menggunakan tayar asli sewaktu pemeriksaan, dan selepas lulus, mereka akan tukar tayar lain.

"Mungkin juga ada antara mereka ke sana (Puspakom) dengan tayar celup, tetapi istilah 'kawtim' ini mungkin juga berlaku. Saya tak mahu tuduh mana-mana pihak. Tapi kemungkinan itu ada," katanya.


Katanya lagi, tidak salah menggunakan tayar celup, tetapi penggunaan tayar celup yang dikeluarkan syarikat yang tidak berlesen berisiko tinggi mendatangkan kemalangan.

Foto Astro Awani
"Terdapat dua jenis tayar celup yang digunakan, iaitu cross-ply dan radial.

"Tayar cross-ply merupakan tayar yang telah lama digunakan secara meluas sejak 1980-an oleh industri pengangkutan darat, terutamanya melibatkan kenderaan berat, kerana ia lebih kukuh dan tahan lasak berbanding tayar jenis radial.

"Namun, tayar jenis cross-ply lebih cepat menjadi panas berbanding dengan tayar jenis radial," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kekeliruan orang ramai terhadap status penggunaan tayar celup di negara ini. - CARI

8

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 7-2-2018 11:49 AM
pihak berwajib perlu amik serious hal nie....
Quote matamata 7-2-2018 12:11 PM
tayar celup mmg blh pakai kat jln raya, kalau tidak takkanlah kilang tayar celup blh beroperasi besar2 kat msia....kat negara lain pun ada pakai tayar celup.....
Even tayar kapal terbang pun pakai tayar celup, max 10X re-thread....cuma yg membezakan kualiti proses celup tu....
Quote revolusi_30 7-2-2018 12:14 PM
G puspakom guna runner lagi senang...lol
Quote cairel_azlie 7-2-2018 02:53 PM
oiiih tayar dah mereput camtu pun boleh guna? btw bila guna runner bnyk benda2 illegal akan berlaku...bkn rahsia lagi...cuma gohmen jer baru tau..pelik tapi benar!

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.060141 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top