Semakin banyak pula mendengar kes kecuaian terhadap bayi dan kanak-kanak yang dilaporkan berlaku di taska dan rumah pengasuh. Apabila semakin banyak kes kecuaian yang berlaku, ia membuatkan ibu bapa berat hati untuk meninggalkan anak mereka di taska atau rumah pengasuh mereka. Tetapi, demi tuntutan kerjaya, anak-anak terpaksa dijaga oleh pengasuh. Beruntunglah bagi mereka yang berpeluang menjaga sendiri anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, bukan semua taska atau pengasuh bermasalah dan cuai ketika menjaga anak asuhannya. Memang ada segelintir pengasuh yang tidak ikhlas dan hanya mahukan wang. Pengasuh sebegitulah yang boleh memberi risiko kepada anak-anak kerana hanya sekadar menjaga dan tidak mementingkan aspek keselamatan. Kisah marah dan sedih seorang ibu benama Nurul Zafirah Mustafa dikongsi menerusi laman Facebook peribadinya. Dia begitu kecewa dengan sikap pengasuhnya yang terlalu cuai sehinggakan kepala anaknya retak dan berlaku pendarahan kerana terkena besi buai.
Pengasuh tersebut sanggup meninggalkan anaknya dirumah bersama anak pengasuh itu sendiri yang baru berumur 5 Tahun. Ramai netizen yang bersimpati dan mendoakan kesihatan anaknya malah ada yang turut mengecam sikap pengasuhnya yang tidak bertanggung jawab. Rupanya ramai netizen yang pernah menghadapi situasi yang sama di mana anak mereka ditinggalkan sekejap oleh pengasuh. Mereka bernasib baik kerana tidak berlaku perkara buruk ke atas anak-anak mereka. Apabila kerap berlaku kes sebegini, ramai ibu-ibu yang bekerja akan berasa susah hati. Jadi, tidak hairanlah ramai yang sanggup berhenti kerja semata-mata ingin menjaga sendiri anak-anak mereka. Mereka sudah tidak percaya kepada pengasuh walaupun bukan semua pengasuh cuai menjaga anak-anak. Tidak kiralah pekerjaan apa sekalipun, lakukanlah dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab. Jangan hanya pentingkan wang ringgit. - CARI |
3
Bagus |
15
Marah |
4
Terkejut |
3
Sedih |
6
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
~boolean replied at 7-2-2018 07:28 PM
Nanti ada lah yang masuk benang suruh mak jangan kerja..jaga anak kat rumah...
Kalau gaji suami b ...
kroit92 replied at 7-2-2018 07:49 PM
welp.. memang wujud pengasuh gila..
aku antara mangsa pengasuh-pengasuh gila.
daria80 replied at 7-2-2018 09:11 PM
Teringat pengasuh aku dulu . Dia jaga sejak umur 2 tahun sampai umur 13 thn
Tiap ari aku cuma mak ...
batu kikir replied at 7-2-2018 10:59 PM
Bagi aku........kalau nak yang terbaik untuk anak..........jaga sendiri. Baru tahu susah payah jaga ...
ADVERTISEMENT