Jika anda melalui Jalan Ampang, bersebelahan Hospital Gleneagles anda pasti ternampak sebuah bangunan berkonsepkan batu-bata dan gelas yang ternyata menarik perhatian.
Bangunan tersebut ialah Greenhouse by Muir, sebuah lagi destinasi makan-makan dan lepak yang santai. Bangunan tiga tingkat ini menempatkan beberapa restoran dengan konsep berlainan. Ia terdiri daripada Kuroshio Market (makanan Jepun) & Evendough Bakery Café dan juga Brycg (makanan New Orleans). Kuroshio Market Di Kuroshio Market, anda boleh memilih makanan laut yang segar daripada ketam, kepah salmon dan juga tiram. Kemudian anda boleh memesan cara penyediaan makanan sama ada secara mentah (sashimi), panggang dan lain-lain.
Kebanyakan juadah di sini berharga kurang daripada RM50. Selain itu antara makanan Jepun yang boleh dinikmati ialah seperti gyoza, takoyaki, chicken teriyaki dan banyak lagi! Evendough Bakery Café Evendough Bakery Café pula menawarkan pelbagai roti yang dibuat segar antara yang terkenal ialah roti keju dengan rumpai laut, roti kari Jepun, kek coklat dan banyak lagi manisan yang bakal buat anda rambang mata! Brycg Makanan New Orleans agak susah dan jarang di dapati di Malaysia. Namun di Brycg yang terletak di tingkat 1, anda boleh merasai makanan eksotik New Orleans seperti lobster roll, beignet, gumbo, jambalaya dan banyak lagi! Nak tahu apa maksud nama makanan-makanan ini datanglah sendiri ke Brycg ( sebutan bridge) dan ketahui dan nikmati sendiri makanan-makan eksotik ini! Greenhouse By Muir 1 Jalan Nipah, Off Jalan Ampang Buka setiap hari, 10am-10pm -CARI
|
9
Bagus |
11
Marah |
11
Terkejut |
11
Sedih |
11
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
iloveyou replied at 13-2-2018 11:37 AM
japanese cuisine dia mmg freshhhh, i likeeee, mmg highly recommended
iloveyou: japanese cuisine dia mmg freshhhh, i likeeee, mmg highly recommended
meisapoya replied at 13-2-2018 12:00 PM
Makan mknn jepun x ajaaaakkkk
CiliPadiSedap replied at 13-2-2018 11:43 AM
kayanya kau sis mampu makan tempat alif syukri
iloveyou replied at 13-2-2018 12:28 PM
jommmm lahh uolssssss. kita ajak team kita yg lelain hihihi
meisapoya replied at 13-2-2018 01:40 PM
Rase mcm pompuan emo je buat ayat mcm tu
Klu fresh gitu mmg worth the price lah kan. Haih ...
ADVERTISEMENT