Bila bercakap tentang lokasi romantik untuk berbulan madu pastinya kita akan memikirkan tentang Paris. Namun siapa sangka, rupa-rupanya Paris mempunyai sisi gelap yang kita tak tahu.
Seorang vlogger terkenal Faa Firds menceritakan tentang pengalaman dia bersama suami hampir menjadi mangsa penyeluk saku dan yang mengejutkan, tiada siapa membantunya walaupun ramai mata yang melihat. Bercerita sambil menangis, Faa terkejut dengan orang di sini yang mungkin memandangnya serong kerana dia berhijab. Dia juga beberapa kali disuruh membuka hijabnya kerana merasakan Faa membawa ancaman kepada orang ramai.
Bagi Faa perkara ini amat mengejutkan kerana tidak seperti yang dilihat di media, malah dia menyifatkan orang Perancis tidak ramah dan langsung tidak membantu. Tidak ketinggalan Faa juga mendakwa di sana terdapat terlampau banyak 'scammer'. Walau bagaimanapun dia tetap meneruskan percutian namun hanya melawat tempat berdekatan dengan hotelnya. Mungkin ini kali terakhir dia menjejakkan kaki di sana katanya. Ramai yang tampil di ruang komen menceritakan pengalaman mereka semasa berada di Paris dan kebanyakannya menceritakan sisi buruk Paris. Negara luar sering memandang rendah terhadap negara Asia dan negara Islam kerana mungkin baginya mereka lebih 'gah' berbanding kita. Ada yang punyai pengalaman seperti ini juga ke? -CARI
|
20
Bagus |
25
Marah |
24
Terkejut |
26
Sedih |
22
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
beautifulorchid replied at 8-2-2018 02:40 PM
Acik kepam g holiday ke paris..dgn baju bulu-bulu.. ko ingat ko sape? Cheta?
uda: Cheta pergi paris selamba aje....siap bergambar depan Affiel tower dgn berbagai2 gaya. Gi shopping LV lagi
ADVERTISEMENT