Gara-gara mengaibkan kehormatan tunangnya melalui aplikasi Whatsapp, seorang guru agama dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Petaling Jaya.
Memetik laporan Bernama, Mohammad Azizi Iqmal Abdullah, 41, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Nurshahirah Abd Salim. Mengikut pertuduhan, lelaki bergelar mualaf itu didakwa mengaibkan tunangnya yang berusia 37 tahun dengan menghantar mesej yang mengandungi perkataan mengaibkan. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah di Batu 13 ½, Jalan Puchong, di sini, pada 9.15 malam, 28 Jan lepas mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Terdahulu, timbalan pendakwa raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam itu kerana tiada penjamin yang hadir di mahkamah. Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes.
|
6
Bagus |
14
Marah |
12
Terkejut |
5
Sedih |
13
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tudunglitup replied at 8-2-2018 04:57 PM
, . 24: &# ...
jazaa100 replied at 8-2-2018 04:59 PM
Asal nama ustaz & tunang tu lain?
clarizsa replied at 8-2-2018 05:05 PM
Lupa nk reply kt tudunglitup plak
ADVERTISEMENT