Kesibukan kerja Dr Amalina Che Bakri sebagai seorang pelatih pakar bedah di Kolej Diraja Pakar Bedah England langsung tidak membataskannya daripada aktif di Twitter.
Bagi sesiapa yang mengikutinya, pasti pernah membaca pelajar cemerlang ini berbalas komen sinikal dan lucu di laman sosial. Mstar Online melaporkan, wanita ini tidak pernah mudah melatah bila ditanya pelbagai perkara merapu mengenainya. Seorang netizen, @hikaru875 menulis: "Aku lagi rasa ingin tahu macam mana Dr Amalina ni tahu segala benda orang tweet pasal dia walaupun tidak mention. Cari nama sendiri ke, tak pun ada 'informer' merata." Sementara seorang lagi netizen, @RaisRatiman berkata: "Dr Amalina, kami perlukan jawapan. Contoh informer."
Ini jawapannya: "Orang 'tag' saya di ruang komen atau memetik nama saya menerusi 'quote' (di Twitter). Seperti apa yang kamu baru lakukan di sini," tulisnya lagi. Ada juga yang berpendapat Dr Amalina sangat sesuai menjadi seorang ahli politik kerana tahan dengan kecaman dan rajin melayan orang komen. Tambah laporan lagi, Amalina juga ada memberitahu yang kerjayanya sebagai seorang pakar bedah memerlukannya bekerja selama 13 jam bagi setiap syif. "Kerja 'on call' memang memenatkan dan tekanan juga tinggi. Biasanya, saya tidak ada masa untuk makan atau pergi ke bilik air... tapi tak mengapa sebab saya sudah biasa. "Jika saya tidak bertugas, saya akan pergi bercuti, melakukan aktiviti menghiburkan atau keluar bersama kawan-kawan. Saya cuba kekalkan kehidupan bekerja yang seimbang, tidak mahu jadi orang yang membosankan. Seperti yang anda tahu, kerja kuat tapi nikmati hidup yang lebih hebat," ujarnya. -CARI
|
19
Bagus |
15
Marah |
9
Terkejut |
15
Sedih |
4
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kecimpret replied at 9-2-2018 02:50 PM
haritu selamba jer dia kantoikan lobai PAS kaki porno..tak komen terus lobai tu
Orix replied at 9-2-2018 02:51 PM
Khuenzzzzzz
Iema5008 replied at 9-2-2018 03:18 PM
Duduk sana aman2 sudah.. nnt kat msia sakit jiwa nnt melayan acik2 bwang bertanya bila mak settle.d ...
krustykrab replied at 9-2-2018 03:36 PM
kat sana tak de acikonion ke
krustykrab replied at 9-2-2018 03:36 PM
kat sana tak de acikonion ke
sebilah replied at 9-2-2018 02:54 PM
kau pi jumpa Dr ni mintak nasihat kulit kepala kau yg bernanah berkudis bintik2 merah gatal tuuu k ...
Orix replied at 9-2-2018 02:51 PM
Khuenzzzzzz
Ustad Auni Dakwa Dr Amalina Bakri Adalah Melayu Yang dirosakkan Yahudi|Dr Amalina Bakri boleh dijadikan ikon wanita berjaya kebanggaan Malaysia. Pernah menggegarkan negara dengan kecemerlangannya dalam SPM 2004, dia kini menyumbang bakti sebagai doktor bedah di Kota London, United Kingdom.
Disebalik pencapaiannya itu, masih ada yang masih memberi label negatif kepadanya. Tambah parah, tuduhan tidak berasas itu dari seorang bergelar ustaz!
Seorang netizen mengatakan dia ada menonton video ceramah seorang penceramah, Ustaz Auni di Facebook. ustaz berkenaan yang popular dengan pembongkaran teori konspirasi ada menyebut nama Dr Amalina sebagai salah satu ‘mangsa’ yang ‘dilingkupkan’.
Selain Amalina yang dikatakan bertukar menjadi kaki sosial di luar negara, nama-nama genius tempatan seperti Sufiah Yusof, Adi Putra dan Ainan Celeste Hawley turut disebut oleh ustaz itu. Hanya Adi Putra yang masih tidak ‘lingkup’ berbanding Sufiah yang dilaporkan menjadi pekerja seks manakala Ainan terperangkap dengan najis dadah.
Masih chill dengan tohmahan itu, Amalina tidak ambil kisah dan menikmati minuman coklat panas kerana kedinginan cuaca di London. Siap perli lagi minuman itu sebagai agenda Freemason juga.
kecimpret replied at 9-2-2018 04:22 PM
ustaz PAS lak ckp yahudi
ADVERTISEMENT