Bagi peminat aktiviti jungle trecking, mungkin anda boleh mencabar diri mencuba trek hutan menuju ke Air Terjun Sungai Chiling. Treknya yang santai dan anak-anak kecil juga mampu melaluinya, sudah pasti ia akan menjadi satu pengalaman yang indah buat anda.
Paling seronok kerana satu keluarga pun sesuai datang ke sini. Sungai Chilling terletak di Kuala Kubu Bharu, jalan menuju ke Fraser Hill. Jika dari pekan Kuala Kubu Bharu, cari jalan menuju bukit Fraser Hill anda pasti akan menjumpai tempat ini. Jaraknya dari empangan Kuala Kubu dalam 10 kilometer sahaja. Sesampainya di pintu gerbang air terjun ini, anda perlu parking kenderaan anda di sekitar pintu gerbang. Anda seterusnya perlu berjalan dari pintu gerbang untuk menuju ke air terjun.
Di kawasan pintu gerbang terdapatnya tandas, surau, gerai jual makanan dan kaunter untuk pendaftaran. Bayaran masuk ke santuari ini adalah RM3 untuk setiap seorang. Memang sangat berbaloi.
Jom layan gambar-gambar menarik sekitar kawasan Santuari Sungai Chilling. |
Artemesiaa replied at 12-2-2018 01:08 PM
Hanya jangan gi time musim hujan takut ada kepala air bahaya pula
ADVERTISEMENT