Dalam ramai-ramai kawan kita, mesti ada seorang yang suka memicit jerawat, kan? Ketagihan katanya. Tak kurang juga mendakwa ia dapat mengurangkan stres. Macam-macamlah!
Memudaratkan! Mereka sedar perbuatan mereka boleh memudaratkan diri sendiri, namun mereka 'tak boleh berhenti' kerana tangan terlalu gatal nak memicit. Untuk itu, pasangan dari Amerika Syarikat Billy dan Summer Pierce mencipta alat mainan bagi membantu mengurangkan rasa gian memicit jerawat pada wajah sendiri. Set mainan yang diberi nama Pop it Pal itu merupakan kepingan silikon dengan '15 lubang jerawat' membolehkan pengguna memicitnya untuk mengeluarkan 'nanah' persis memicit jerawat pada wajah! Memetik Mail Online, seorang pengguna bernama Jenna McLaughlin berkata, dia tak boleh berhenti daripada bermain dengan mainan 'menjijikkan' itu kerana berasa puas hati dapat memicitnya persis jerawat sebenar. "Saya sangat mengesyorkan mainan ini kepada sesiapa yang memiliki obsesi sama. Ianya sangat berguna untuk melepaskan tekanan!" katanya. Anda juga ketagih memicit jerawat? anda boleh dapatkan Pop it Pal pada harga ASD30 (hamir RM120) di laman web mereka! - CARI |
2
Bagus |
8
Marah |
4
Terkejut |
14
Sedih |
2
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
paz replied at 13-2-2018 10:26 AM
Eeeeuuuw. Apa jenis hobi lah ni.
ADVERTISEMENT