CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

5 Hari Layan Anak, 7 Hari Layan Ibu Bapa. Cikgu Boleh Mati Tau Tak! - Netizen

12-2-2018 05:47 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 8434| Komen: 53|Original author: Oleh: Khair

Pada zaman telefon pintar hari ini, grup WhatsApp itu adalah satu perkara normal bahkan seorang individu boleh mempunyai puluhan grup WhatsApp sama ada untuk tujuan kerja, belajar mahupun untuk bergurau dengan rakan-rakan. 


Oleh kerana itu, ada guru yang mengambil inisiatif untuk membuat grup WhatsApp yang mengumpulkan ibu bapa murid-murid supaya memudahkan komunikasi antara guru dan ibu bapa.

Namun, itu tidak bermaksud ibu bapa boleh sewenang-wenangnya menjadikan platform berkenaan sebagai satu ruang untuk bertanya segala-galanya tentang perihal anak mereka kepada guru. 

Perkara ini telah diutarakan oleh seorang pengguna Facebook, Shahida Nafishah Jamaludin yang berkongsi beberapa paparan skrin pertanyaan daripada ibu bapa di grup WhatsApp. 

 



Bagi Shahida, ibu bapa perlu bertimbang rasa kepada guru kerana tanpa mengira waktu dan ketika mereka akan bertanya hal anak-anak. Bahkan, perihal kerja sekolah anak pun ditanya dalam grup, walhal mereka boleh mendidik rasa tanggungjawab kepada anak-anak untuk membuat kerja sekolah sendiri.

 

Ada juga segelintir ibu bapa yang bertanyakan tentang cuti persekolahan mereka, walhal perkara seperti itu boleh dirujuk sendiri dengan kalendar yang ada. 

 


Perkara ini mendapat pelbagai respon daripada netizen dan rata-rata bersetuju dengan perkara ini sehinggakan ada yang mengatakan grup WhatsApp tak sepatutnya diwujudkan kerana ibu bapa boleh berhubung terus secara personal dengan guru. 

 
Foto: FB Shahida

Apa-apapun, sebaiknya gunakan teknologi ini dengan berpada-pada. Sebagai ibu bapa, seharusnya lepaskan anak-anak untuk belajar berdikari melalui zaman persekolahan. - CARI

5

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 12-2-2018 06:14 PM
Tak perlu la nak whatsapp group bagai. Menambah beban guru je
Quote missinpiece 12-2-2018 06:34 PM
Lemau dpt situasi camni. Me tetiap hari mak cll/whatsap tanya perkembangan anak. Fine, private tutor, parent bayar. Iols layankan jugak. Bila dah start kondem2 cikgu, anak dia je yg bagus, iols block je.
Skolah pun sama. Sampai whatsap 2-3 org cikgu nak tanya benda yg sama apehal.
Yg dtg buat correction kertas ujian anak pon mmg dah jd perkara biasa. "U sepatutnya buat soalan mcm ni baru anak I boleh jawab..bla bla bla.." Wtf
Quote LautBiru52 12-2-2018 07:04 PM
Whatsapp group ni mmg arahan dari kem pelajaran ke?
Quote de_ikea 12-2-2018 07:29 PM
Kkdg tak terjangkau soalan masing2 dlm watsapp grup nikan. Hadoi lah.
Quote ~boolean 12-2-2018 07:35 PM
Parents manjakan sangat anak...itu yang sekor2 bebal semacam...

Kerja sekolah pun tanya di whatsapp, nampak sangat anak kau bebal, tak tumpu perhatian bila cikgu mengajar...jangan guna alasan anak baru darjah satu...kalau darjah satu pun tak reti terima arahan, maknanya ilmu parenting kau tu fail..
Quote umbut 12-2-2018 07:43 PM
Edited by umbut at 13-2-2018 09:48 AM

Teruknya.. pprt perangai.. anak2 aku tiap2 thn memang ada grup whatsapp class.. takda mcm ni pun.. hanya benda penting cikgu bagitau.. xda berborak pun.. cikgu byk bagi info.. lain2 senyap je..
Ni jenis mak2 kepoh. Aku pun pening.. hormatlah kat cikgu tu..
Darjah 1 ke 5 x perlu
Darjah 6 aje sebab upsr
Menengah tu ok lah
Quote prettyuglybabe 12-2-2018 08:02 PM
perlu ke ada whatsapp bagai untuk sekolah?
ke sekolah tu ala-ala ramai anak-anak orang have have?
Quote alieyrina 12-2-2018 08:06 PM
Kt opis bos aku galak buat grup wasap..semak tol..setakat nk baca org balas emoji gelak2 thumbs up bagai..get well soon..kalau aku blok certain ppl dlm grup tu boleh x..makna nya org tu punya wasap aku xmau baca..yg boss saja aku nk baca
Quote MyNameIsIris 12-2-2018 08:45 PM
I suka sekolah anak i takde group wasap. Buat beban kepala je ada group wasap ni sebab nanti ada parents yang bimbo tanya itu ini kat cikgu.
Anak i dari 5 tahun kami tanya dia je ada homework tak? Dia sendiri tau ada ke tak...
Bagus cikgu ajar ibu bapa dan anak murid berdikari. Ni semua nak spoonfeed mana lah anak nak usaha lebih
Quote Skuau 12-2-2018 09:33 PM
Pakai jer Nokia 3310.Selesai.
Quote fishcracker 12-2-2018 09:46 PM
Tak perlu pun whatssapp group..skola buatla parent portal/communication book untuk ckgu ckgi/pihak skola update keje skola atau ape2 ektibiti even komen etc
Quote RatuDunia94 13-2-2018 12:58 AM
Most yg jd parents anak darjah 1 ni kan PBNU (Parents Baru Nak Up)
Quote akuwell 13-2-2018 01:09 AM
group wasap kelas anak buah aku lagi teruk.  ade sorang mak ni wasap kat group nak inform cikgu anak dia sakit,  tak boleh gi sekolah.  Sekali cikgu anta gambar elok jah anak dia dalam kelas
Quote cekenit 13-2-2018 07:34 AM
Aku ade jgk anta ws dlm group ws tu. Tp jarang sangat. Contoh macam semalam, time amik dari sekolah anak aku cakap esok sekolah cuti. So aku ws kt group nk kompemkan betul ke cuti sekolah. Tengok2 cikgu cakap xcuti..kejadah kalo xtanya.Memang xgi sekolah la die..
Quote noor2 13-2-2018 07:44 AM
Mak bapa jenis kurang kasih syg kut.. ..jenis cari perhatian. ..dah tahu dalam group tu ramai orang...

I selalu baca wasap anak kat hp dia dengan kawan dan cikgu. ...ada wasap group  kelas dia yang buat i gelak baca. ..cikgunya tulis kat group tolong jgn personal wasap. ..just tulis dalam group sebab dia tak terlayan satu2. ..dia pun ada kerja lain ...hehe kesian cikgu. ..

I hanya baca ja wasap dari hp anak. ...tak masuk campur pun. ...dan I memang tak ada group dengan cikgu2 anak. ...dan anak2 I jenis bagi ja hp dia jika I nak baca. ...
Quote Genkidesuka 13-2-2018 07:55 AM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Tak taulah.  Rasanya tgk cikgu juga.  Kdg dia yg byk borak dlm tu.  Sama naik dgn parents.  Kita yg byk diam yg rasa mcm awkward dok dlm tu.  
Quote mokcikKSKB 13-2-2018 08:06 AM
SKOlah anak aku pakai telegram jah.yg jenis parent subscribe jah. cikgu bg notification tp kitorang x bleh reply pon.kalau nk msg cikgu personally. Mula2 x suka gak tp xpelah..layankan jah.{:question
Quote rospinki 13-2-2018 09:13 AM
dulu ada grop guru/skolah..aku buang jah. mcm kat atas tu lah..mencecer 24 jam tahapa2..
agaknya ibubapa perihatin..show off dlm grop kalau tak org lain tak tau...walau prestasi anak nan hadoo
Quote dekmieDandy 13-2-2018 09:23 AM
belum lagi yg buat iklan dlm group whattsap tu

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.293884 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top