Baru-baru ini kecoh di Hollywood berita tentang Kylie Jenner merahsiakan kehamilan dan kemudiannya mengumumkan telah selamat melahirkan bayi perempuan. Di tanah air pula, angin berita kehamilan pelakon Sari Yanti bertiup kencang sejak Disember lalu. Spekulasi timbul apabila Sari dikatakan sering menyorokkan susuk perutnya ketika bergambar serta selalu mengidam. Beruntungnya wanita bertubuh kecil, hamil pun masih boleh sorok-sorok. Bagaimanapun spekulasi kehamilan Sari semakin dikatakan benar apabila pelakon drama popular Fasha Sandha baru-baru berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi kapsyen video di akaun Instagram miliknya.
Video yang telah ditonton lebih 50 ribu tontonan itu dibanjiri ucapan tahniah daripada pengikutnya kepada Sari Yanti. Namun begitu, biarpun ramai yang menyambut senang berita yang dikhabarkan Fasha itu, ada juga yang kurang senang. Menurut netizen, Fasha seperti terlalu berlebih-lebih dalam menjaja berita baik tersebut. Hal ini kerana umum menganggap sepatutnya Sari Yanti yang terlebih dahulu memberitahu kepada umum. Fasha dikatakan sibuk canang berita hal orang lain. Menurut netizen mungkin Sari Yanti dan suaminya, pelawak Jep Sepahtu mahu buat kejutan kepada peminat tetapi dibocorkan oleh Fasha. Amboi netizen beritahu salah, tidak beritahu dikatakan sorok. Semua serba tidak kena. Walau apapun, jika benar berita kehamilan tersebut, tahniah diucapkan kepada Jep dan Sari. Semoga proses kehamilan berjalan lancar dan selamat melahirkan. - CARI |
12
Bagus |
6
Marah |
15
Terkejut |
10
Sedih |
9
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Aduradura replied at 13-2-2018 12:55 PM
Sari ni so cantikkkk, umur dah 30 +++ but still cantik & nmpk awet muda je.....
caprut replied at 13-2-2018 12:57 PM
Sari ni lg cntik dri fasha, fazura, lisa tp knp dia kurg femes dri dorg
yunayuni replied at 13-2-2018 12:59 PM
Jgn la salah faham mbe fasha ingt org semua dah tau..
Aduradura replied at 13-2-2018 01:01 PM
Femes je sari sebelum kawen...dlm class sheolls yg tersendiri la.....tp sejak kawen ni khenn she ...
caprut replied at 13-2-2018 12:57 PM
Sari ni lg cntik dri fasha, fazura, lisa tp knp dia kurg femes dri dorg
ADVERTISEMENT