Kuala Lumpur: Tidak cukup ditampar, seorang pembantu rumah turut bertindak kejam menendang dan memijak seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di sebuah rumah di Salak Selatan, di sini. Walaupun kanak-kanak terbabit menangis kesakitan, namun wanita berusia 20-an itu tidak mempedulikannya, sebaliknya terus memukul mangsa tanpa belas kasihan. Bagaimanapun ibu mangsa berusia 30-an yang mengesyaki sesuatu selepas melihat terdapat kesan lebam di mata anaknya bertindak menyoal suspek, namun dia memberi alasan kesan itu adalah urat mata anaknya. Menurut sumber, sangsi dengan jawapan suspek, si ibu memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam rumah sebelum dia terkejut apabila melihat perbuatan kejam pembantu rumahnya yang sering menyeksa dan memukul anaknya.
Berang dengan tindakan suspek, si ibu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini, Jumaat lalu untuk tindakan selanjutnya. |
haryatie posted on 2-9-2013 08:49 AM
klau ada maid
da jd wajib kena ada cctv..klau tidak abis la..
x yah la ada maid buat sakit otak je ...
missyqaldina posted on 2-9-2013 08:57 AM
kalau la ramai makcik2 ibu tunggal nak jadi ammah..
xpyh hire org hendon ni.,.
lavajeans posted on 2-9-2013 09:01 AM
bini2 orang tak caya dgn ibu tunggal...
apalagi nak ajak duk serumah...
iza_yuss posted on 2-9-2013 08:54 AM
jadik cam abg aku bes....
biznez + househusband.... sis in law keje gomen
ADVERTISEMENT