CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rahsia Sotong Celup Tepung Pok Nong Kini Terbongkar - Comfirm Menjadi!

14-2-2018 12:54 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 30592| Komen: 57|Original author: Oleh: Azza Rai


Menu di tepi pantai memang syok, apa lagi kalau bukan segala makanan laut dicelup tepungkan. Antara lokasi tersohor ialah Warung Ikan Celup Tepung Pok Nong yang terletak di Kuala Terengganu.


Sesiapa yang pernah meratah ikan dan sotong celup tepung pasti teringat-ingat dan mahu ke sana lagi. Pasti ada rahsia yang tak boleh disangkal lagi.

Ada resipi yang bertebaran di media sosial tanpa mengetahui penulis asal telah menjadi tular. Apatah lagi setelah ia dicuba dan ‘menjadi’ seperti menu warung tersebut membuatkan harus dicuba oleh anda yang menggemarinya. 

Jadi, ini rahsia untuk mendapatkan sotong celup tepung rangup seperti Pok Nong.



Bahan-bahan:
- 4 ekor sotong (saiz sederhana besar- siang, hiris kasar – toskan – gaul garam)
- 1 cawan kecil tepung gandum
- 1/2 cawan kecil tepung jagung
- 3 sudu besar tepung beras
- Garam secukup rasa (untuk digaul dengan sotong dan diletakkan dalam tepung)
- Serbuk lada putih secukupnya
- Serbuk lada hitam secukupnya
- Serbuk kunyit secukupnya
- Sebiji telur dipukul sedikit
- Minyak masak

Cara membuatnya

1. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
2. Ambil secukupnya campuran tepung dan campurkan dengan telur yang dipukul.
3. Panaskan minyak untuk menggoreng.
4. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.
5. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
6. Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana.
7. Apabila kekuningan, boleh diangkat dan sedia untuk dimakan panas-panas.



Foto: Carian internet

Rahsia yang anda terlepas pandang
1. Selepas membasuh sotong, sila pastikan airnya betul-betul ditoskan.
2. Tepung yang dibancuh jangan terlalu cair kerana ianya tidak akan melekat pada sotong.
3. Pastikan minyak untuk mengoreng sotong betul-betul panas. Minyak akan mudah menyerap ke dalam tepung yang digoreng bersama sotong jika ianya tidak cukup panas.
4. Pastikan sotong yang digoreng tidak dimasukkan ke dalam kuali terlalu banyak pada sesuatu masa. Goreng sedikit demi sedikit.
5. Biarkan tepung pada sotong itu garing dan barulah anda terbalikkannya. Jika anda mengacau ketika tepung belum cukup garing, pasti tepung itu tertanggal dari sotong.
6. Sediakan tisu ketika mengangkat sotong supaya lebihan minyak dapat diserap dengan mudah.Wah! Macam banyak pula langkah nak kena buat, tapi itulah rahsianya. Jom sama-sama buat. - CARI 

5

Bagus
9

Marah
13

Terkejut
3

Sedih
9

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 14-2-2018 01:11 PM
suka sotong goreng tepong..
sotong dengan salted egg pun suka
Quote indenial 14-2-2018 01:13 PM
Sedapnyaaaaa{:cryrun{:cryrun
Quote irlene_hana 14-2-2018 01:20 PM
sedapnya sotong celup tepung...
Quote tomaz 14-2-2018 01:51 PM
Sedapnyaaaa. Tp lepas tu mula la menyesal makan
Quote CiliPadiSedap 14-2-2018 01:53 PM
xsedap pun bg tekak orang lain sedap. yang sedap kt situ aiskrim jagung dia je sedap.
Quote kimchipedas 14-2-2018 02:29 PM
Criusly lapaq tgk gorengan ni nakkk
Quote Lorra2411 14-2-2018 03:24 PM
omg, tak pernah rasa lagi sotong celup tepung yang kat terengganu tu. tak pernah jejak lagi
Quote CardiGans85 14-2-2018 04:38 PM
Sedapnya sotong celup tepung
Quote Ratutulip 14-2-2018 04:50 PM
tak sabarrr nya nk pergi terenganu mkn ni
Quote beeeee 14-2-2018 05:14 PM
korang pakai je instant tepung brand "bestari" gaul je sotong dalam tepung tu terus deep fried.
Quote mirandanicky1 14-2-2018 06:45 PM
Rindu sotong celup tepung sini.. okay esok nk gi beli soyong try buat tgk jadi tak
Quote abangadek 14-2-2018 06:56 PM
sotong goreng tepung kt mana2 pun sedap
Quote cikputih15 14-2-2018 07:33 PM
beeeee replied at 14-2-2018 05:14 PM
korang pakai je instant tepung brand "bestari" gaul je sotong dalam tepung tu terus deep fried.

tepung tu kena bancuh + air dulu tak?
Quote pinkypetal 14-2-2018 07:54 PM
Kegemaran niiii
Quote multinicky 14-2-2018 08:06 PM
aiyooi...craving plak ict ni, sotong la plg sedap klu goreng mcm ni
Quote mahalnya 14-2-2018 08:23 PM
wahhhh tq tq...mmg suka sgt sotong goreng tepung...slalu goreng rangup gak la tp rangup masa panas jah
Quote xtahumenahu 14-2-2018 08:40 PM
X sempat gi pok nong aritu...kat warung aziz satar tu pom sedap
Quote WhiskeyScotch 14-2-2018 11:08 PM
Wahhhh sedapnya sotong goreng tepung!!!
Quote AkuMark 15-2-2018 12:33 AM
Owhh td baru dpt merase sotong celop tepong...sodappp...alhamdulillah

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.051236 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top