Makin hangat pergolakan rumahtangga Adam walaupun telah lama berpisah dengan bekas isterinya, Fatin Afeefa. Satu per satu pendedahan dilakukan oleh kedua-dua belah pihak dan baru-baru ini Fatin ada membuat laporan polis dengan tuduhan Adam mengganggu hidupnya. Menurut Adam dalam laman Twitter dia telah lama bersabar dengan sikap Fatin yang memperbodohkan hidupnya selama ini apabila dia mengetahui tentang kecurangan bekas isterinya itu.
Dia juga mengakui bahawa segala bukti perbualan kecurangan Fatin ada dalam simpanannya dan memberi amaran kepada Fatin untuk tidak berpura-pura seperti dia yang menjadi mangsa keadaan. Kenyataan ini sungguh mengejutkan dan Adam sendiri menyatakan bahawa Fatin memang mempunyai niat menjahanamkan hidupnya. Namun tidak semudah itu dia mampu memaafkan Fatin atas apa yang telah dilakukan. Telah lama Adam memendam perasaan tentang masalah yang timbul namun disebabkan Fatin memulakan dahulu ‘perang’ maka dia tidak akan berdiam diri lagi. Dalam pada itu, netizen juga mendesak Adam untuk mendedahkan status anaknya. Adam Aisy Arrian bukanlah anak kandungnya kerana bukan ber’bin’kan namanya sendiri dan berharap tidak diajukan lagi soalan ini. Hanya Ivy Herra Sophia sahaja merupakan anak kandungnya. Ternyata hubungan Adam dan Fatin amat tegang hingga netizen juga turut tertanya-tanya dengan apa yang berlaku dan tidak kurang juga mendoakan yang terbaik untuk Adam. Semasa memberi kenyataan tentang kes penceraian mereka dahulu, Fatin memaklumkan kepada media bahawa keretakan rumahtangganya berpunca daripada pengaruh kawan. Tapi kini lain pula ceritanya. Apa yang berlaku sebenar-benarnya? Seram pula baca pendedahan Adam. Benarkah Fatin membomoh dirinya selama ini? Harap semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan ditunjukkan kebenaran. - CARI |
3
Bagus |
7
Marah |
9
Terkejut |
9
Sedih |
14
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sukacactus replied at 13-2-2018 11:42 PM
Huhuhu! Ini ke sebab sebenar diorang cerai
Bkn dl dia kata pasal terlalu dgr ckp org la apa kan
Ak ...
budakpink replied at 13-2-2018 11:40 PM
Apo ziela...mcm2 hal...yg tu salhkn org ni.yg ni salahkn org tu.haha mude2 lg kawin buat ap..mude2 b ...
Aduradura replied at 13-2-2018 11:46 PM
Tweet ni dah lama khenn,baru skrg org perasan ke ape.... pakcik makcik bawang dah buat keje ke belum ...
WhiskeyScotch replied at 13-2-2018 11:52 PM
As usual, I pun google siapa Fatin Afeefa ni. Bila tengok gambar baru tahu ohhhh budak ni berl ...
ADVERTISEMENT