1 September 2013 Penguatkuasa Jaij Batu Pahat sedang memeriksa pasangan berkenaan. BATU PAHAT, 1 September - Seorang wanita berusia lingkungan 30an merayu supaya gambarnya bersama pasangan tidak dirakam dalam serbuan di sebuah hotel bajet, di sini, semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat terpaksa menunggu lama kerana pasangan terbabit enggan membuka pintu. Timbalan Penguat kuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, selepas pintu bilik dibuka, pemeriksaan awal mendapati wanita terbabit bersama seorang lelaki dalam keadaan berpakaian lengkap. Menurutnya, lelaki tersebut yang bekerja di sekitar bandar ini terdiam apabila ditanya mengenai status hubungan mereka, manakala pasangannya merayu berkali-kali supaya tidak dikenakan tindakan. Pasangan berusia lingkungan 30-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, tetapi selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk selain beberapa pegawai penguat kuasa mendesak untuk memecah pintu, barulah ia dibuka. Hasil pemeriksaan yang kami lakukan mendapati lelaki dan seorang wanita yang berada di dalam bilik itu tidak mempunyai ikatan yang sah dan berada dalam keadaan yang mencurigakan,” katanya. Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi. Jelasnya, mereka ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997. Tambahnya, pasangan terbabit akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan selesai dilakukan berhubung kesalahan itu.
|
Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah .
noor2 posted on 1-9-2013 09:45 AM
ambik gambar pastu sebar kat akhbar.....kekadang perempuan tak sempat pakai baju pun...sial punya ju ...
lordvoldemort posted on 1-9-2013 10:48 AM
geng2 jabatan agama ni perasan depa suci murni bak embun pagi...
apa hak depa untuk pecah2 masuk ...
wunan88 posted on 1-9-2013 11:02 AM
hebat2 zaman sekarang nih..
yg berkhalwat dijunjung tinggi..
yg cuba nak benteras dikeji dihina..
...
lordvoldemort posted on 1-9-2013 10:48 AM
geng2 jabatan agama ni perasan depa suci murni bak embun pagi...
apa hak depa untuk pecah2 masuk ...
mrsrezza posted on 1-9-2013 11:07 AM
Syukur..x perlu tunggu tahun 2020 nk iktiraf malaysia negara maju..
wunan88 posted on 1-9-2013 11:02 AM
hebat2 zaman sekarang nih..
yg berkhalwat dijunjung tinggi..
yg cuba nak benteras dikeji dihina..
...
ADVERTISEMENT