Kalau sudah namanya pahlawan papan kekunci tentulah menggunakan internet untuk mengata orang. Kali ini Lana Nodin menjadi mangsa seorang lelaki yang tidak berfikiran rasional. Berkemungkinan besar lelaki tersebut telah menegur bentuk fizikal ataupun rupa paras anak perempuan Lana. Lana membalas komen lelaki tersebut dengan rasa kecewa dan marah setelah dituduh menggunakan botox apabila membandingkan bentuk hidung anaknya dan Lana. Dia turut menyatakan sekiranya netizen itu mempunyai anak dia, tidak akan sanggup mengeluarkan kata-kata sebegitu. Selain itu, Lana juga meminta lelaki itu selidiki dahulu maklumat berkaitan botox sebelum menuduhnya menggunakan bahan tersebut.
Sebelum ini, Lana pernah mendapat kritikan oleh netizen. Mereka mempersoalkan status anaknya. Kini, rupa para anaknya pula menjadi bahan kutukan. Sepertimana yang pernah dikatakan Lana dahulu, dia boleh berdiam diri apabila orang memperkatakan tentang dirinya, tetapi akan bersuara apabila anaknya yang tidak berdosa menjadi mangsa. Maka dengan itu tidak hairanlah apabila ada 'keyboard warrior' mengata berkenaan rupa paras anaknya, dia melenting. Tindak balas semulajadi seorang ibu kepada anaknya. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak ataupun sudah mempunyai anak diharap tidak memburukkan anak orang lain. Tegurlah artis tersebut dengan baik tanpa mengaitkan anak kecil yang tidak berdosa. - CARI
|
yangsemb replied at 11-2-2018 08:21 PM
First time acik dengar botox hidung
tomaz replied at 11-2-2018 08:23 PM
Acik bawang. Nak kutuk pon get ur facts right la. Mana ada botok hidung. Hahaha. Kan x memasal lana ...
virgo19 replied at 11-2-2018 08:24 PM
aku banyak jumpa orang, kalau anak dia ada kekurangan, mesti dikatanya ikut belah mertua. kalau anak ...
BookerT replied at 11-2-2018 08:29 PM
nose filler tak pakai botox ke nyah? pakai apa? collagen ke nyah?
ADVERTISEMENT