CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bodoh Bising Punya Perempuan!" Wanita Dimaki Cuba Halau Lelaki Dari Koc Wanita

19-2-2018 10:28 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 9050| Komen: 49|Original author: Oleh: Whitney


Pernah tak anda yang bergelar wanita terasa seperti bahagian badan atau tempat sulit disentuh ketika berada dalam kalangan orang ramai yang bersesak-sesak? Kebiasaannya berlaku ketika berada di pusat beli belah, dalam bas dan lrt atau mana-mana tempat.

Apabila keadaan tersebut berlaku, anda hanya terkejut dan berasa ianya hanya kebetulan atau orang tersebut tidak sengaja menyentuh anggota bahagian sulit kalian. Maklumlah, keadaan begitu sesak dan berhimpit-himpit. Jadi, kalian tidak mampu berbuat apa-apa dan membiarkan sahaja kerana tiada bukti yang kuat.

Disebabkan itu, perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan koc khas untuk para wanita agar mereka tidak diganggu dalam bentuk seksual dan selesa ketika berada dalam KTMB. Bagaimana pun, ramai juga golongan lelaki yang tidak menghiraukan dan dengan tanpa rasa bersalah berada dalam koc wanita.

Apa yang dilakukan oleh wanita ini, wajar dipuji kerana mempertahankan hak dan keistimewaan yang disediakan oleh KTMB kepada wanita. 

Tetapi dia terkilan kerana tiada seorang wanita pun yang membantu dan menyokong tindakannya ketika dia sedang menegur beberapa orang lelaki yang tidak mahu berganjak ke koc lain. 


Tak tahan sudah dengan lelaki degil ini..wanita ini mula tinggikan suara..


Lelaki Bangladesh pun sibuk dalam koc wanita!


Ramai netizen memuji tindakan wanita itu yang begitu berani menegur lelaki-lelaki yang keras kepala dan enggan berganjak dari koc wanita. Walau pun dia dimaki, dia tidak patah semangat malah tetap berkeras mempertahankan hak. 

Lagi-lagi ada ibu yang tidak selesa hendak menyusukan bayi kerana lelaki-lelaki tersebut asyik memandang. 


Patutlah, rupanya ramai lagi lelaki-lelaki yang tak faham kenapa KTMB sediakan koc wanita. Alahai, kesian. Terang lagi bersuluh ditulis koc untuk wanita sahaja! 


Setuju dengan komen netizen ini, bukan sahaja kes lelaki masuk koc untuk wanita sahaja, tetapi ramai juga lelaki yang seakan tidak faham dan bersikap pentingkan diri apabila berada di mana-mana tempat termasuk klinik kesihatan malah di tandas wanita. 

Macam mana wanita nak rasa keadaan mereka selamat? 


Agak-agak kalau kalian berada dalam komuter pada ketika itu, anda melihat sahaja kejadian yang berlaku atau turut membantu wanita itu? - CARI

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • sueburn

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • ariean

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AinHazwan 19-2-2018 10:33 AM
Patut semalam naik ktm coach perempuan ada polis bantuan dlm tu ronda2..
Quote missinpiece 19-2-2018 10:46 AM
Me x thn ngn klinik ibu dan anak yg penuh ngn bapa2 penyayang smpai penuh kerusi, ngan memandang mcm x pnah tengok org ngan morning sickness hmmm
Quote s@s@ 19-2-2018 11:05 AM
aku penah naik komuter kat bank negara.
aku beratur tempat yang bukan koc wanita.
bila naik semua pandang semacam je
da h lama baru perasan tu koc wanita.
pilot dia salah parking, mana la aku nk perasan
Quote prettyuglybabe 19-2-2018 11:12 AM
kalau i jadi mak yang anak nak menyusu tu, memang i tanya direct je..
nak sangat tengok tetek ke?
bodoh amat ko diam biar anak meragam..
Quote CiliPadiSedap 19-2-2018 11:18 AM
kalau sajat ada dalam ktm akak serba salah nak tegur...
Quote paz 19-2-2018 11:19 AM
Salah satu sebab Malaysia susah nak maju. Mentaliti rakyat yang sangat mundur, susah nak di majukan.

Simple benda pun tak reti nak hormat.
Quote Victorioussss 19-2-2018 11:21 AM
Kami sebagai wanita mahukan hak samarata seperti lelaki!

Now
Eh ade koc khas untuk pompuan..laki pergi berambus jauh2
Sexism at its best

Inb4 bole je nak menetek anak tu tempat less public kalau segan. Turun la 1 station.
Dah tau nak travel public transport still pemalas nak mengepam banyak2 kat rumah sebelum tu. This is my opinion yek. I tak sapot jantan2 naik koc wanita
Tapi i semak bile koc gunasama penuh, pakcik atok berdiri tapi ade je betina tak reti bahasa duduk sekali dgn boipren hipster walhal koc pompuan pink pink tu lengang aman damai

Again, kami nak hak samarata seperti lelaki!
Quote palmolive 19-2-2018 11:26 AM
biasa yg duk kt koc wanita ni lelaki warga asing... selamba dia jek
Quote LostStar 19-2-2018 11:36 AM
memandangkan negara malaysia ni mempunyai orang yang tiada moral d tambah pula pendatang asing dari negara miskin.. mana nak tawnya hak-hak wanita bagai ni.. mmg sepatutynya kne ada polis bantuan atau org ktm menjaga dalam koc.. atau buh jek cctv..nampak ada jantan jongos dalam tu sound jekla pakai speaker suh berambus p tempat jantan.. kan mudah..
Quote lonso 19-2-2018 11:48 AM
memang pon mcm tak nampak je simbol gegurl... rasanya simbol tu satu dunia tahu.. org buta huruf pon tau simbol gegurl cmne.. melainkan dia dari planet namick
Quote Artemesiaa 19-2-2018 11:53 AM
Sikap dan kurang kesedaran sivik sebab tu masaalah sebegini berterusan
Quote meya 19-2-2018 11:58 AM
Untuk lelaki cuba fikir keselamatan moyang, nenek, mak, kakak, adik, anak dan kawan pompuan yang jalan sorang-sorang.

Bagus ada satu tempat khas ...itupun susah nak fikir ker???
Quote meya 19-2-2018 11:59 AM
Patut diambik gambar lelaki yang maki pompuan ni.  
Quote nuryakmal 19-2-2018 12:14 PM
s@s@ replied at 19-2-2018 11:05 AM
aku penah naik komuter kat bank negara.
aku beratur tempat yang bukan koc wanita.
bila naik semua  ...

koc pompuan bukan kaler pink ke
Quote Alais 19-2-2018 12:17 PM
Victorioussss replied at 19-2-2018 11:21 AM
Kami sebagai wanita mahukan hak samarata seperti lelaki!

Now

Kena faham.
Hak sama = semua orang ada peluang seperti mana orang lain.

Contoh: pakaian.
Wanita - pakaian wanita.
Lelaki - pakaian lelaki.

Quote BebeQ 19-2-2018 12:21 PM
aku terkena dekat Mytown.

aku masuk parking family dan anak2. laju je sekuriti kejar datang ke kereta sambil mulut dan tangan bagi arahan suruh aku keluar parking.
aku buat bodoh, mati enjin, keluar kereta dan buka pintu belakang untuk bagi anak2 aku keluar.

apa dia ingat bila ada famili maksudnya seat sebelah pemandu kena berisi orang juga ke?
Quote Minami2013 19-2-2018 12:28 PM
paz replied at 19-2-2018 03:19 AM
Salah satu sebab Malaysia susah nak maju. Mentaliti rakyat yang sangat mundur, susah nak di majukan. ...

Exactly.... mentality org yg tak bertamadun...
Quote amyza 19-2-2018 12:31 PM
Sian pulak pompuan tu fight sorang2,kalau i ada i pun sound jugak. Dah la masuk koc wanita pastu duduk relax jer buat bodo pulak jantan2 nih.
Quote faraway1 19-2-2018 12:34 PM
hari tu pun termasuk, tak perasan pun masa masuk train,
tapi masa dah duduk, memang terbaca, koc pompuan aje,
so pindah ajelah... kali ke dua naik train, beriya kami pastikan tak
termasuk koc pompuan aje..

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.072340 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top