CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Apa Teruk Sangat Dia Ni Jaga Anak, Asyik Marah Anak Je"

20-2-2018 10:28 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 7675| Komen: 49|Original author: Oleh: Whitney


Bagi pasangan yang berkahwin pastinya tidak sabar menunggu kehadiran cahaya mata. Sememangnya anak adalah pelengkap kepada sesebuah keluarga.  Kehadiran anak-anak dalam keluarga bukan sahaja sebagai pewaris keturunan malah membawa kegembiraan, kebahagiaan dan juga ujian.

Ujian yang paling mencabar dalam membesarkan anak-anak adalah menghadapi anak-anak yang degil, tidak mendengar kata bahkan berani untuk melawan ibu bapa. Inilah tahap di mana kesabaran seseorang ibu bapa itu betul-betul diuji. 

Jadi tidak hairanlah jika ramai ibu bapa yang kadang-kadang tidak mampu lagi untuk bersabar dan terpaksa meninggikan suara memarahi anak-anak.

Seorang wanita berkongsi satu kenyataan yang dia peroleh daripada individu lain berkenaan sikap para ibu yang ada masanya boleh bertukar menjadi seekor 'naga' apabila berhadapan dengan karenah anak-anak. 


Benarlah, ramai yang tidak berada dalam situasi tersebut akan menyalahkan sikap si ibu yang suka marahkan anak-anak dengan suara yang tinggi. 


Netizen yang bergelar ibu rata-rata bersetuju dengan kenyataan tersebut. Mereka kerap kali menjadi 'naga' akibat karenah anak-anak yang tidak mendengar kata. Bukannya mereka saja-saja meninggikan suara memarahi anak-anak.  



Tetapi ada juga netizen yang rasa tak perlu pun meninggikan suara memarahi anak-anak. Tidak semestinya cara tersebut berkesan untuk mendidik anak-anak. Seperti kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. 

Jika anak selalu berhadapan dengan ibu-ibu yang suka marah dan meninggikan suara, ia mungkin menjadi ikutan kepada anak-anak apabila besar nanti. 




Setiap anak mempunyai karakter yang berbeza dan kadang kala sukar untuk memahami sikap mereka. Yang penting, para ibu perlu banyak bersabar mendidik anak-anak kerana ia adalah satu amanah, ujian dan anugerah yang sangat berharga. 

Jaga dan didiklah mereka nilai yang baik. Kalian rasa wajar ke marahkan anak hinggakan satu kejiranan dapat dengar suara kalian? - CARI 
5

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 20-2-2018 10:51 AM
Ya lor
Dolu iols anak 1..jiran iols pelik nape senyap aje rumah..baik btol.iols neh
Bila anak 2...tarzan mendonia...hahahahaha
Quote makkenits 20-2-2018 11:25 AM
bukan setakat naga, nak tukar hijau pun ada gak bila kena handle 3 org anak sorg2.. bos yg call nak info pun terkedu jap bila dgr aku jerit kat anak2 yg tgh dok panjat countertops kat dapur... maklum la staf dia ni femes sbg very quiet n sopan... dia x tau kat umah ni, aku leh tukar jadi naga...
Quote Burong_Hantuk 20-2-2018 11:26 AM
jaga anak kechil musti banyak sabar
Quote pearl.silver 20-2-2018 11:50 AM
Ada nmpk video kt fb
Cara bg arahan kt anak
Western style n malaysian style
Ckp lembut2 ank dia wat dek je
Sekali dia jerkah ank dia baru ada respon
Quote Rainrein 20-2-2018 12:00 PM
Kalu keluar ke mana mana cukup ngan ai tenung je anak anak memang dorang reti sendiri nak behave. Lagipun before keluar kete dah pesan awal awal jangan buat perangai. So far masih dengar kata la. Kalu kat rumah lak memang bende biasa jadi tarzan or singa cuma skang tengah nak latih diri sendiri jangan asik menjerit kat anak sebab x nak dorang terikut perangai buruk tuh.
Quote EncikRhoma 20-2-2018 12:27 PM
nak marah tu boleh..tapi consider jugak la jiran keliling. Kadang2 tengah bersantai petang2 tiba2 dengar org menjerit marah anak...adoiii.. spoil mood betul la
Quote gummygummy 20-2-2018 01:02 PM
atas umah i ols ada dua budak dlm 3 ke 4 tahun kot. Nauzubillah pukul 12am ke 1 am selalunya peak hours dorang main apa ntah. seret2 kusi la seret mainan la ketuk2 apa ntah. Dulu i ols ingat mistik tau memang tak, memang budak2 tu bermain dengan bertungkus lumus. ada satu hari sampai laki i naik atas ketuk rumah dia. Tak bukak pintu terus senyap sampai ke pagi. Geram betul la. Mak2 pon kena la aware tentang kebahagiaan orang2 bawah rumah dia, bukan duk umah landed cikkak. Tak best la kalao bunyi je nak p ketuk umah, kita pon nak jaga silaturrahim kan. Nak saba memang da lama saba. Dari anak tak kua sampai da solid food da now.

My baby now 6 bulan baru, i masih belajar nak didik dia in future how. Kawan i hebat, jegil je mata anak pempuan dia yang berumur 4 tahun da tunduk terus.
Quote gummygummy 20-2-2018 01:03 PM
pearl.silver replied at 20-2-2018 11:50 AM
Ada nmpk video kt fb
Cara bg arahan kt anak
Western style n malaysian style

very kelakar this one, Cane la omputih tegur anak dia anak bleh dengar ek
Quote gummygummy 20-2-2018 01:05 PM
Rainrein replied at 20-2-2018 12:00 PM
Kalu keluar ke mana mana cukup ngan ai tenung je anak anak memang dorang reti sendiri nak behave. La ...

Betul u ols. i ada family members yang suka jerit2 kat anak bila marah anak. Kita pon naik bingit dengar sampai rasa nak tampar muka dia bukan nak tampar anak dia.

Anak ikut sama terjerit2 sebab belajar dari mak dia. Minta jauh dari I la, kalau boleh nak silent marah je kat anak so that depan orang ramai pon anak dengar kata dan tahu kita tengah marah. Takde la nanti anak buat hal depan orang ramai then heret nak p dapo terus bantai. I dont want to be that kind. #prayformummy
Quote palmolive 20-2-2018 01:22 PM
gummygummy replied at 20-2-2018 01:03 PM
very kelakar this one, Cane la omputih tegur anak dia anak bleh dengar ek

sebab omputih dengar pendapat anak dia..beza ngan kita
Quote pearl.silver 20-2-2018 01:43 PM
gummygummy replied at 20-2-2018 01:05 PM
Betul u ols. i ada family members yang suka jerit2 kat anak bila marah anak. Kita pon naik bingit  ...

Dlm family i pun jenis jerit2 kat ank ni..
Pastu ank2 pun memang membesar jadi bercakap jerit2..hehe..
I ada jumpa few budak2 jenis ckp slow2 mcm bisik2 ngn kita..i expect mak budak2 ni mesti jenis soft spoken je..
Quote anna_molly 20-2-2018 02:10 PM
kalau marah anak,aku fahamlah sebab aku pun ada anak
tapi jiran aku ni lain...pekik kat anak mencarut nama haiwan pink dengan sebut bawah ko tu...migrain aku. anak pun melawan sebut nama haiwan tu.
Quote mzzenma 20-2-2018 03:44 PM
mzz dengan husband jenis penyengap
selalunya mzz yang kepala angin tapi dengan anak kalah sikit
pernah sekali anak tak nak tidur duk merengek..mzz nyanyi lullaby pun tak jalan. selalunya start nyanyi je dia dah boleh lena..
ni sekali kena jerkah dengan husband, terus senyap and tidur..so i guess kadang2 kena jadi naga juga kut

because i grew up with a narcissistic parent..and i don't want my children to have to go through the same thing..tapi tak boleh nak lembut sangat juga

ni kalau ada second baby maybe bakalan jadi norwegian ridgeback juga agaknya
Quote makita 20-2-2018 03:48 PM
Ada mak yg x jerit2. Tros amek hanger besi zap zap zap. Anak nangis dlm hati ja sbb nak keluarkan air mata pon takut.
Kalu dekat luar, agak2 mcm perangai buas sket...mak ni pegi tepi anak, cubit kt part ade daging tu....cubit n tarik kuat2. Anak ni yg terkejut terdiam. Nak nangis takut kene cubit lagi.
So better la mak jerit dan tangan x jalan. Tp jgn memcarut la.
Quote Mary_jane 20-2-2018 03:50 PM
Tapi anak ni dengan mak pak je dia takut. Bila kat luar, hah amik kau perangai luar biasa dia keluar.
Quote nadna 20-2-2018 04:11 PM
Orang yang mengalami je faham.Selalu yang tak rasa,memang komen sedap sedap
Quote mamapea 20-2-2018 04:12 PM
aku pun hari2 jd tarzan kt rumah...skrg aku dh kurang skit jd tarzan...
aku dh malas nak marah2...kalau dh x blh tahan aku bgtau suami aku...
apa lagi...suami aku marah skali jer semua jd tikus...suami aku jarang marah...
skali dia marah mmg blh meletus gunung berapi...aku hari2 dok marah tu yg anak2 dh lali..
Quote ms_furby 20-2-2018 04:45 PM
Sesungguhnya anak dulu dgn anak skrg sangat la lainnya. Perlu mentelaah ilmu psikologi untuk mengajar mereka menjadi lebih dewasa dan berotak.
Quote Iema5008 20-2-2018 05:30 PM
Mak aku bila marah even dah besau tua bangka ni pun dia masih lg teriak2 tinggi suara marah kita org.. kdg2 masa kenduri kendara dia selama teriak marah depan org ramai. Contoh nya nak berserabut cepat nak hidangkn makann kat vip la apa la.. bila lmbar sikit lembab sungguh hang nih.. depan semua orang dia tinggi suara.

Next utk anak aku mmg aku nekad xmau tinggi suara mcm ni.. malu weh.. kena herdik2 org dengar.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.085337 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top