CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kesalahan Parkir Yang Selalu Orang Malaysia Buat, Serius Boleh Buat Gaduh

22-2-2018 04:50 PM| Diterbitkan: Cari-Ghafar| Dilihat: 4133| Komen: 19|Original author: Oleh: Ghafar Nawi

Siapa yang mempunyai kereta pasti pernah mengalami kesusahan untuk mencari parkir kereta. Tak kiralah dalam pusat membeli belah, universiti, kolej, tapak pasar malam atau cuma nak cari parkir dalam kawasan perumahan sendiri. Pasti ada segelintir makhluk ini, tapi makhluk apa? Makhluk yang selalu melakukan kesalahan parkir kecil yang boleh bikin gaduh. Mari kita lihat, apakah kesalahahan parkir yang selalu rakyat Malaysia buat (atau anda buat tapi masih belum bertaubat).


1. Suka hati parkir di petak motosikal atau OKU.

Sumber: beritaoku.wordpress.com
Para pengguna motorsikal pastinya akan sakit hati kalau ada makhluk yang suka-suka hati parkir seolah-olah kawasan tu bapa dia punya. Kalau ikutkan, 1 petak parkir kereta, boleh muat 3 hingga 6 buah motorsikal. Itu masih boleh bertoleransi sebab motor senang nak selit-selit parkir mana-mana, tapi bila ada kereta parkir di petak OKU tu walhal dia bukan OKU pun. Mungkin dia OKU di kepala dia agaknya, menyebabkan sarat-saraf neuron sukar berhubung dan gagal berfikir dengan cerdik.


2. 'Double park' tapi tak tinggal nombor telefon atau angkat brek tangan.

Sumber: rojakdaily.com
Ini selalu terjadi dalam kawasan perumahan flat kos rendah atau kawasan yang terlalu padat dengan orang sehinggakan kawasan parkir pun sendat. Secara etikanya, ramai faham akan masalah ini, tetapi bertimbang rasalah dengan orang yang sudah dihadang keretanya. Tinggalkanlah nombor telefon supaya senang dihubungi atau jangan tarik brek tangan supaya orang boleh menolak kereta anda sedikit untuk keluarkan kereta mereka yang kena hadang. Bayangkan kalau dah lambat pergi kerja atau paling teruk, nak hantar orang sakit pergi hospital, macam mana nak keluar cepat tu? Masalah besar ke sangat besar ni?

Kebiasaannya solusinya senang. Pecahkan cermin tingkap untuk turunkan brek tangan. Tapi lepas tu jangan bising kenapa kereta kena pecah ya.

3. Lalu arah berlawanan semata-mata nak rebut petak parkir yang ternampak tadi.

Sumber: erasmusu.com
Mereka sanggup untuk melanggar pelbagai undang-undang jalanraya semata-mata untuk mendapatkan parkir. Melawan arus untuk mendapatkan parkir di seberang laluan bertentangan yang semestinya mendatangkan bahaya kepada dirinya dan orang lain. Jangan lupa juga kesesakan lalu lintas sebab para pemandu yang tidak bertanggungjawab ini turut boleh mendatangkan kata-kata makian yang menusuk kalbu. Padu!

4. Main 'chop-chop' parkir untuk kawan yang tengah buat pusingan U nak masuk parkir.

Sumber: misz-ella.blogspot.my
Ketika semua orang tengah berpusu-pusu mencari parkir, tiba-tiba anda nak masuk parkir ada seorang tengah menahan anda dari masuk petak tersebut. Tambah geram, katanya parkir itu sudah di 'chop' oleh kereta rakannya yang akan datang kejap lagi dengan tebal muka. Kelibat kereta tak nampak, tapi ada 'kon' manusia menahan kita dari masuk. Rupanya brader yang tahan tadi tu penumpang dalam kereta lain yang terus masuk dalam parkir tadi. Kita yang menunggu parkir tu 5 minit tadi ni apa rasanya ya? Ada potensi kena belasah tak 'kon' manusia tu?

5. Kereta kecil yang parkr jauh kedalam sampai tak nampak lepas tu kena tipu ada parkir kosong.

Sumber: dindakandaalkisahnya.blogspot.my
Selalu tak kena dengan kereta kecil macam kereta Kancil atau Viva? Rasa kena 'kencing' betul-betul sebab bagi harapan palsu masa nak parkir. Dari jauh kita nampak ada satu ruang kosong. Hati sudah berbunga lepas dapat tahu parkir tu dekat pula dengan pintu masuk rumah atau pusat membeli belah. Kita pun menuju perlahan-lahan dekat petak tu dan menyumpah-nyumpah bila dapat tahu ada kereta Kancil di situ. Kalau kereta tu parkir tak jauh sangat ke dalam sampai boleh nampak sikit belakang kereta tu dari jauh, tidaklah rasa kecewa sangat kan? -CARI
10

Bagus
13

Marah
3

Terkejut
18

Sedih
18

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabar_sabariah 22-2-2018 05:35 PM
Yg no 5 tu selalu terkena tapi aku ok je.
Gelak2 sendirian
Quote fliphair8 22-2-2018 06:06 PM
Aku benci hanat bangang parking in between 2 boxes......nak je aku tikam....kill kill kill die die die ....
Quote Artemesiaa 22-2-2018 06:08 PM
Puncanya masaalah sikip kurang kesedaran sivik dan hanya pentingkan diri sendiri
Quote alesandra 22-2-2018 06:56 PM
no5 tu apesal kesilapan lak?dah kete kecik.ke saje mmg nak pedajai org aku bila terkena tu selalu la jugak  maki dlm hati..
Quote nooriesz 22-2-2018 07:04 PM
yg no 4 tu kt pyramid slalu ade.. mcm budak tadika tgkkn!! buduss!!
Quote orgsepang 22-2-2018 07:35 PM
Yang no. 5 biasa sangat dah
Quote ~boolean 22-2-2018 07:38 PM
Nombor 4 paling babi..hat menjaga tu babi, hat memandu pun babi
Quote delsmomm 22-2-2018 09:39 PM
Iol paling sakit ati jenih parking kat 2 petak dia sorg.. mmg vavi sgt..

Pastu satu lg motor yg vongok park kat tgh2 petak parking kereta.. tu lg vavi..
Quote Magnum8 22-2-2018 10:10 PM
Double park...That is what we call as typical Malaysian Ahahahah{:handsome
Quote insulin 22-2-2018 10:20 PM
Nombor 5 tu memang hampeh....
Quote mziskandar 22-2-2018 10:20 PM
6. Ingat kn parking kosong, skali moto.
Quote CardiGans85 22-2-2018 10:42 PM
mziskandar replied at 22-2-2018 10:20 PM
6. Ingat kn parking kosong, skali moto.

Biasa terkena klu g kedai2 tepi jalan. Mmg angin
Quote saviour_09 23-2-2018 12:13 PM
haramkan kereta kancil pelisss
aku selalu kena tipu dengan diorang
gigih la berkejar ingat ada parking kosong
sekali hampeh tengok ada sang kancil di situ!
Quote pumpkingirl 23-2-2018 01:16 PM
Hahahaaha..aku selalu kena yg no 5 tu..kancil oh kancil..
Quote MarissaMiller88 23-2-2018 02:59 PM
aku terkena no4 kat genting..kuang ajo amoi tu bdiri tengah park x bg kami masuk..dia kata kwn dia otw..abis tu keta kami nak masuk duluan smpai mcmna..last2 laki i drive masuk ja kasi langgar dia skit..baru ada akal nak lari sambil teriak2 nak saman..laki i panggil security suh tarbiahkan amoi tu..padan muka sgt..
Quote coolie83 23-2-2018 03:37 PM
ah smua jenis park mcm b**i aaah...tp paling aku rasa jilake bila tmpt oku tu org tak oku yang park..apekebodoh la

ade lg satu jenis, org yang nk kluar parking tu terhegeh2 nk kluar kan kereta..

Quote wirazam 23-2-2018 08:30 PM
sabar_sabariah replied at 22-2-2018 05:35 PM
Yg no 5 tu selalu terkena tapi aku ok je.
Gelak2 sendirian

yang no 5 tu selalu sgt terkena..

dah boleh buat peribahasa baru...

"parking yang kosong jangan disangka tiada kancil ye"...
Quote Azana 23-2-2018 10:31 PM
No 5 selalu kena.. Sabar je laaa
Quote Jorja 23-2-2018 11:00 PM
Lagi biadap kalau motosikal park kt parking khas utk keta. Badan keding tapi satu petak tu dia ambil sedangkn dah disediakn utk parking moto. Konon nya jauh n nak cepat

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.150211 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top