Pekerja dari Bangladesh atau lebih dikenali 'bangla' ini sememangnya diakui ramai di Malaysia kerana mereka berhijrah untuk bekerja di pelbagai sektor di negara ini. Sebenarnya, mereka telah berkorban banyak perkara semata-mata untuk bekerja di sini.
Seorang lelaki berkongsi catatan di akaun Twitternya (@AmirulAzahan) mengenai pertemuannya dengan seorang lelaki Bangla yang tiba-tiba menangis selepas melihat telefon bimbitnya. Berada tidak jauh daripada lelaki Bangla tersebut, Amirul pada mulanya hanya memerhatikan kelakuannya. Berasa ada sesuatu yang tidak kena apabila dia kelihatan sedih, Amirul memutuskan untuk menghampirinya dan memulakan perbualan dengan mempelawa rokok sebelum bertanyakan keadaannya. Selang beberapa ketika, lelaki tersebut menunjukkan gambar di telefon bimbitnya dan memberitahu Amirul bahawa gambar tersebut adalah gambar ibunya yang baru sahaja meninggal dunia tanpa dia sempat meminta maaf kerana datang bekerja di Malaysia tanpa izinnya. Simpati dengan situasinya, Amirul segera memeluk bahu lelaki itu dan cuba menenangkan perasaannya. Menurut Amirul, dia tak kisah apa yang orang katakan kerana baginya setiap manusia perlu dilayan sama rata tanpa mengira asal-usulnya. Cerita Amirul itu mendapat perhatian ramai netizen di Twitter dan mereka menyatakan apa yang dilakukan Amirul itu adalah satu perkara yang baik. Pengajaran terbesar yang Amirul dapat daripada pertemuannya dengan lelaki Bangla itu adalah seseorang sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga walaupun terpaksa berpisah dengan keluarga dan semua yang mereka sayangi. - CARI
|
12
Bagus |
8
Marah |
10
Terkejut |
9
Sedih |
9
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mamapea: bangla & indon ni la yg palin ...
mamapea replied at 22-2-2018 07:29 AM
sbnrnya mmg kesian kt mat2 bangla ni...diorg dtg sini sungguh2 cari duit...tp ada la segelintir yg s ...
Themilo replied at 22-2-2018 03:52 PM
ini i setuju sis.. kalo tengok kat construction site, walaupun tengahari terik, deyoll still berbo ...
Themilo replied at 22-2-2018 03:52 PM
ini i setuju sis.. kalo tengok kat construction site, walaupun tengahari terik, deyoll still berbo ...
ADVERTISEMENT