Kalau anda pergi Klang, jangan lupa singgah makan di Warong Kampung Sg Pinang! Apa yang istimewanya tentang tempat makan ini?
Tak lain tak bukan, tentulah ketam rangup 'krup krap krup krap'. Tengok saja gambar di bawah ni, menggoda nafsu makan anda tak? Kalau air liur anda dah siap meleleh, itu tandanya memang kena pergi Klang dan cari ketam rangup ini! Ketam rangup ini boleh dimakan begitu sahaja ataupun boleh dipesan dalam bentuk sandwich ataupun burger. Terdapat juga burger mini berwarna-warni yang bakal menarik perhatian perut anda! Harganya sangat murah hanya RM6.90. Sememangnya berbaloi dan memang boleh ketagih makan Ketam Rangup ni! Selain menu istimewa ini, Warong Kampung Sg Pinang turut menyajikan menu lain seperti lempeng, nasi goreng, pelbagai juadah pemanis mulut, makanan barat dan macam-macam lagi! Ada banyak pilihan, jadi tak perlu risau nak memenuhi selera makan keluarga mahupun kawan-kawan. Lokasi: Warong Kampung Sg Pinang No.1, LOT 3109, LORONG HAJI SALAM, KAMPUNG SUNGAI PINANG, 41400 KLANG, SELANGOR Waktu Operasi: 3 petang hingga 3 pagi Orang Klang untunglah boleh pergi makan bila-bila masa. Anda yang menetap di luar Klang tunggu apa lagi? Rancang bersama kawan-kawan atau keluarga, datang ke Klang dan menjamu selera di Warong Kampung Sg Pinang! -CARI |
26
Bagus |
9
Marah |
17
Terkejut |
26
Sedih |
15
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin replied at 23-2-2018 11:58 AM
@spiderman80 jom serbu
ADVERTISEMENT