CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hannan Hilang Gigi Bukan Sebab Gula-Gula, Tapi Tak Minum Susu..

23-2-2018 02:58 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 10953| Komen: 38|Original author: Oleh: Whitney


Kanak-kanak dah sinonim dengan gula-gula. Mereka sering disogokkan dengan gula-gula oleh ibu bapa dan orang sekeliling bagi tujuan memujuk dan mengembirakan hati. Disebabkan warna gula-gula yang ceria dan berwarna-warni serta bentuk yang pelbagai, ia sangat menarik perhatian kanak-kanak untuk makan gula-gula. Tetapi jika pengambilannya tidak dikawal, banyak keburukannya.  

Kebanyakan ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mengambil gula-gula kerana risau mereka sakit gigi dan gigi rosak. Tetapi sebenarnya banyak lagi kesan gula-gula kepada anak-anak seperti obesiti, hyperaktif, kurang daya tumpuan dan sebagainya. Cara mudah untuk mengawal anak-anak yang suka makan gula-gula ialah dengan menunjukkan kepada mereka gambar-gambar gigi yang rosak agar mereka takut dan mudah faham keburukan gula-gula.

Bagaimanapun, berbeza dengan apa yang dikongsi oleh Atuk Limie Mohamad di laman facebook miliknya. Anaknya yang berumur 6 tahun itu terpaksa membuang kesemua gigi kerana telah rosak. 

Sebab utama gigi anaknya dicabut bukannya berpunca daripada kerap makan gula-gula tetapi kerana kekurangan kalsium gigi, malas gosok gigi dan anaknya tidak minum susu selepas berumur dua tahun dan kerap minum minuman yang manis seperti milo.

"Sakit dok hannan?" Dia hanya hilingkan kepala tanda tidak sakit


Perjalanan pulang. Permintaan pertama Hannan aiskrim.  


Ramai netizen yang terkejut dan berasa kasihan dengan nasib kanak-kanak ini. Habis semua giginya terpaksa dicabut. Dia terpaksa menanggung kesakitan dan sabar menunggu giginya tumbuh semula gara-gara kelalaian menjaga kesihatan gigi supaya tidak rosak teruk.


Lihat, netizen pun ramai yang faham bahawa kanak-kanak yang suka makan gula-gula dan coklat berisiko mendapat kerosakan gigi. Tapi mungkin ramai yang tak menjangka kesemua gigi perlu dicabut serentak apabila semuanya rosak. 

Nampaknya netizen kena pastikan anak-anak ambil cukup kalsium untuk kesihatan gigi anak-anak dan kurangkan makanan dan minuman manis. 



Cukup-cukuplah bagi anak-anak makan coklat, gula-gula dan minuman yang manis. Kesian pada anak-anak kalau ibu bapa sendiri tidak mengambil berat dan menjaga pemakanan anak-anak. 

Lagi satu, kalau hendak bagi cenderahati perkahwinan tu, tidak payahlah bagi gula-gula pada kanak-kanak. Berilah sesuatu yang berkhasiat dan tidak memudaratkan kesihatan. Setuju tak? - CARI 

14

Bagus
20

Marah
8

Terkejut
21

Sedih
5

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 23-2-2018 03:03 PM
harap mak ayah dia ajar anak jaga gigi kekal lepas ni..
mak bapak pun punya malas nak gosokkan gigi anak..
budak 6 tahun ko pikir dia tau mandi gosok gigi sendiri ke..
Quote Victorioussss 23-2-2018 03:03 PM
Hm..sbb ni lah bile dh besar pn i still nak menetek
Quote idakamaruddin 23-2-2018 03:11 PM
prettyuglybabe replied at 23-2-2018 03:03 PM
harap mak ayah dia ajar anak jaga gigi kekal lepas ni..
mak bapak pun punya malas nak gosokkan gigi ...

anak sulung iols byr hannan ni..gigi mmg rongak la..sbb dia kuat minum susu..in fact smpai skg tp masa dia setahun ke 3 thn dia x nk gosok gigi n tantrum bila suruh gosok gigi smpai dia dh besar n sedar gigi dia x cantik br ada inisiatif gosok gigi..tp syg gigi dh tak cantik hahahah

tp lega even gigi dia byk berlubang dia x sakit gigi la..cume bila suruh nganga mmg buruk la gigi nye..iolss sllu ngusik gigi dia rongak tak de sape kawan hahaha tp skg ni dh ada 1 gigi dpn tanggal n naik kekal..kemain dia suka... iols sllu ckp kene jaga gigi elok2 nnt cantik mcm mama (perasan)

btw, anak iols x pnh minum air manis dr kecik smpai skg hanya suka air masak sejuk je...gula2 ke apa ke dia x suka makan even offer kt dia pn dia xnk makan... dia makan sikit coklat m&m tp byk sekali sekala je makan..lebih tu dia minum susu berbotol2 n nasi telur mata n kicap
Quote fishcracker 23-2-2018 03:32 PM
Bebudak lepas mandi/nak tido memang kena check..betul ke tak dah berus gigi,kadang mandi tu main air je lebih
Quote mizruncing 23-2-2018 03:35 PM
scary nyeee
Quote abangadek 23-2-2018 03:44 PM
sama mcm kes ank iols.. tapi belum tahap rosak teruk la gigi dia.. anak bongsu iols mmg taknak minum susu lepas setahun umur dia sbb pengasuh ajar minum milo yang dibancuh guna gula + susu pekat ya rabbi terkejut iols tengok kuantiti yang dia guna.. jgn kata iols xmarah ok.. iols dh marah tapi depan iols mmg dia konon2 tak letak gula tapi bila tanya anak sulung iols mmg pengasuh tu buat cara yg sama je masa pengasuh tu sakit mmg iols keraskan hati bg susu balik walaupun anak iols mogok taknak minum susu taknak makan nasi.. BERJAYA ok.. ni dh pengasuh dh ok buat balik tebiat lama
Quote shernazz 23-2-2018 03:59 PM
Erm..anak.kedua iols fully bf n lepas 2 tahun dia xnak minum susu tepung apa apa brand sekalipung
Hanya susu kotak sahaja...
Berhuhu la iols ...
Anak sulung iols baya hanna neh baru hilang 2 batang gigi
Satu time mandi
Satu time makan daging..hahahahaha
Sampai skang xsentuh daging takut semua gigi dia hilang..
Quote pumpkingirl 23-2-2018 04:37 PM
Kesiannya hannan..waktu 4@5 thn dentist bagi ubat tahan sakit je?kenapa tak tampal/cabut.boleh biar gitu je anak tu sakit bertahun tahun.
Quote beeeee 23-2-2018 04:44 PM
ngeri nye kita yang cabut gigi 1 pun rasa nak terkincing even dah bius
Quote honeylynn 23-2-2018 04:55 PM
anak aku dari umur 1-2 thn aku dah ajar gosok gigi..byk je berus gigi utk baby yg comel2..beli yg pemegang bentuk bulat lebar & ada lubang kat tgh supaya anak senang pegang & tak terjolok tekak..

seronok tgk gigi anak2 putih bersih je..
Quote Miss_Sunshine 23-2-2018 05:14 PM
Anak 1st i olls mcm ni. Gigi byk rosak. Minum susu botol terus tertidur. Botol lekat kat mulut. Not good for kids..

Anak 2nd belajar dah. Memang x ulang kesalahan sama
Quote myakayina 23-2-2018 05:46 PM
melentur buluh biar dari rebung.. anak dah ada gigi je ajarlah cara gosok gigi..
Quote LautBiru52 23-2-2018 05:49 PM
Punca masalah gigi ni sbb gigi tak bersih. Tak nak gosok gigi. Parents kena la rajin check gigi anak. Biasa bersihkan gigi dari start gigi tumbuh
Quote makita 23-2-2018 06:54 PM
Ank meols gigi ok.tp dia kuat gigit ja. Gigit selimut, ais...mainaan. tah apa yg sedap tah. Gula2 dia kureng sket. Ni meols tgh tgu model gigi sampai. Nak tunjuk cara betul berus gigi. Meols nak order berus gigi giant mcm nurse gigi bwk kt sekolah tu..xde lak. Dia gosok gigi tp nganga mulut. Gosok angin bukan gigi.
Quote GigaMom 23-2-2018 07:28 PM
Anak buah ai
Gigi kekal dh keluar tp gigi susu masih kuat
Terpaksa operate
Terlebih kalsium gamaknya
Quote ~boolean 23-2-2018 07:47 PM
Aku nak komen, nanti ada yang kata "tak ada anak cakap memang senang..."

Tapi.....

Apa lahanat anak kecil kau sumbat milo melebih-lebih???
Quote munahjolie 23-2-2018 07:55 PM
Miss_Sunshine replied at 23-2-2018 05:14 PM
Anak 1st i olls mcm ni. Gigi byk rosak. Minum susu botol terus tertidur. Botol lekat kat mulut. Not  ...

Sama macam kes anak buah Munah. Biarkan budak tu tidur sekali dengan botol. Almost semua gigi cabut. Ada certain gigi kat depan je yang masih elok. Doctor terpaksa operate and tanam gigi besi kat rahang. Kesian sangat berhari2 nangis budak tu. Now effect dia, anak buah munah tak reti kunyah makanan dengan betul sebab dia phobia dengan gigi sakit. Dia makan nasi terus telan. Kalau kita suruh kunyah dia tak nak kunyah. Sebab dia tak kunyah makanan so dia cepat rasa kenyang and dia makan kuantiti yang sangat sikit. So badan dia kurus je. Sedih tapi tak tahu nak buat macam mana. Dia suka makanan lembut saja macam cake, sosej, kentang putar etc. Nasi ke bihun ke memang susah dia nak makan. Hmm
Quote aleesyasofia 23-2-2018 08:40 PM
mcm kwn iolss pnye anak saudara kne buang sume gigi jgk.. gigi rosak bkn sbb xmnum susu.. tp giginya rosak sbb biar susu dlm mlut..
Quote siputsedut 23-2-2018 11:01 PM
Sebbaik anak2 i gigi elok...aku mmg gigih gosok gigi diorang tiap pg n sblm tido...n pisahkan botol susu seawal 2 thn....botol susu pon punca gigi rosak yaa...cuma second one ggi rabbit sikit sbb isap jari..tp doktor kata bkn jongang lg..tu pon sebbaik bwk g dentist awal..elok pulak dia dgr ckp dentist tu x bg isap jari dh...

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.213160 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top