Isu vandalisme di negara kita memang tidak pernah sunyi. Ada sahaja kejadian merosakkan harta benda awam oleh golongan remaja dengan menconteng dinding bangunan, papan tanda dan pelbagai harta benda awam yang lain. Entah keseronokkan yang bagaimana mereka yang melakukan vandalisme itu rasa selepas merosakkan harta benda awam? Sekiranya perangai buruk ini tidak ditegah, lagi banyak kemudahan awam yang dirosakkan dengan contengan dan pihak kerajaan pula terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk membaik pulih. Jika tidak, terpaksa la netizen menghadap pemandangan yang menyakitkan mata. Lagi teruk, ia juga turut menjadi tontonan pelancong asing yang datang ke negara kita. Memalukan betul! Rupanya perangai melampau rakyat Malaysia ini terbawa-bawa hingga mereka berada di negara lain. Melalui laman facebook peribadi milik Farid Mustafa, dia mengecam kejadian vandalisme di negara Jepun oleh rakyat Malaysia.
Ada ke patut mereka menconteng nama pada buluh di sana? Sudah la kawasan itu diisytiharkan sebagai tempat bersejarah oleh UNESCO.
Ramai netizen mengecam tindakan mereka yang menconteng buluh dengan menulis nama-nama mereka sebagai tanda sudah menjejakkan kaki di situ. Ternyata sikap vandalisme rakyat Malaysia terbawa-bawa walau ke mana mereka pergi. Netizen turut kesal kerana rakyat Malaysia masih cetek dengan ilmu dan nilai moral. Setuju dengan komen netizen ini. Jika di negara sendiri pun tiada rasa hormat, apatah lagi jika pergi negara orang. Tolonglah buang sikap buruk yang boleh memalukan nama negara sendiri. Kelakar, netizen masing-masing 'tag' nama kawan-kawan yang nama mereka ada ditulis pada buluh tersebut. Tetapi, ada antara mereka itu belum pernah sampai lagi ke Jepun. Jagalah harta benda awam dengan baik. Kalau harta sendiri boleh dijaga, kenapa pula harta benda awam perlu dirosakkan? Dengki dan buruk perangai sungguh! - CARI |
15
Bagus |
4
Marah |
16
Terkejut |
8
Sedih |
6
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kamil8891 replied at 28-2-2018 08:48 PM
tak payah cakap la aku da tak hairan dah dengan perangai melayu pasal vandalisme ke suke buat kacau ...
kamil8891: tak payah cakap la aku da tak hairan dah dengan perangai melayu pasal vandalisme ke suke buat kacau ke mabuk ke jahat ke ape2 yg teruk2 la pasal melay ...
chazey replied at 28-2-2018 01:39 PM
Apa? Ko nak kata Melayu buat semua ni sebab ada GEN YAHUDI? Ko nak kaitkan dengan Yahudi? Ko ing ...
fuyupoktek replied at 3-3-2018 03:28 AM
Keburukan ada flight tambang murah nI sbb set2 sakai nI mampu nak travel oversi dahtu buat pangai
kamil8891 replied at 28-2-2018 08:48 PM
tak payah cakap la aku da tak hairan dah dengan perangai melayu pasal vandalisme ke suke buat kacau ...
ADVERTISEMENT