Jika anda gemarkan filem dan siri animasi Disney seperti Cinderella, Snow White, Mickey Mouse, Donald Duck dan banyak lagi, anda tentu ingin merasai juadah 'brunch' (sarapan dan makan tengah hari) yang menarik dengan tema watak-watak animasi tersebut.
Memang menggamit memori zaman kanak-kanak! Argh, sayangnya festival ini bukan di negara kita tapi nun jauh di London. Apapun, jom tengok apa lagi yang menarik. Bertemakan 'When You Wish Upon A Brunch' (diubahsuai dari petikan lagu 'When You Wish Upon A Star' yang sinonim dengan Disneyland) ia akan dianjurkan pada Sabtu, 21 April ini di Aeronaut, 264 High St, London. Ia sesuai untuk mereka yang barangkali pernah berangan-angan menjadi putera atau puteri dalam kisah Disney. Pelbagai lagu akan diputarkan selain makanan yang mengimbau kenangan anda pada watak-watak tertentu.
Sekumpulan penggiat teater juga akan membuat persembahan dari beberapa filem terbitan Disneyland. Bagi yang memang fanatik, inilah masanya untuk hadir berpakaian seperti watak digemari, misalnya bergaun labuh kuning seperti Belle dalam filem 'Beauty And The Beast'. Kena cari kasut 'kristal'lah nampaknya kalau nak datang sebagai Cinderella. Beraneka hidangan akan turut disediakan pada hari itu. Contohnya, Sarapan Sihat yang terdiri daripada avokado lecek, masakan aneka kekacang ala Mexico, telur carak dan roti 'sourdough'. Selain itu ada Sarapan Veg - telur, kentang cincang yang digoreng, kacang panggang, cendawan, tomato dan bayam dimasak dengan mentega. Tidak dilupakan Sarapan Ala Inggeris iaitu Florentin Eggs dan Eggs Royal. Eh, tunggu dulu! Menurut METRO, festival ini rupa-rupanya hanya untuk yang berusia 18 tahun ke atas sebab minuman keras juga disediakan. Tentu kanak-kanak yang sepatutnya menyukai kartun-kartun Disney kecewa! Mana boleh peluang menjadi putera dan puteri watak kartun diberikan pada orang dewasa saja! Peliklah. Mungkin orang dewasa nak tunaikan impian mereka masa kanak-kanak dulu yang masih belum tercapai dan inilah peluangnya. Manalah tahu mungkin idea ini akan diguna oleh pemilik restoran tempatan suatu hari nanti? Bolehlah bergaya macam Snow White atau Sleeping Beauty. Siapa tahu, kalau-kalau terjumpa Prince Charming di situ? Ala-ala Fairytale sangat! - CARI |
12
Bagus |
7
Marah |
14
Terkejut |
16
Sedih |
8
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT