CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Farid Kamil Dedah Siapa Sebenar Dalang, Bersedia Untuk Kawat Cam

1-3-2018 10:45 AM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 10497| Komen: 51|Original author: Oleh: Amirah

Datuk Farid Kamil membuat pendedahan dalang disebalik isu pengambilan dadah sehingga dirinya dianiaya. Apa yang pasti kedua-dua individu tersebut bukanlah Taj (Innuendo) dan Osh seperti yang didakwa sebelum ini.


Foto: Carian Internet

Individu yang terlibat itu merupakan orang yang bekerja dalam industri hiburan dan nama yang digunakan juga adalah sama. Kedua-dua individu yang dicari itu dikatakan ada pertalian kerabat diraja Johor dan Kedah.

"Saya menyebut nama iaitu Osh dan Taj iaitu manager artis dan penyanyi dalam laporan saya tapi agak memeranjatkan apabila dua orang individu yang disiasat adalah orang yang lain.”

"Malam sebelum saya ditahan polis ada dua individu yang saya tidak pernah jumpa sebelum ini memperkenalkan diri mereka sebagai kerabat diraja Kedah dan Johor.”


"Mereka menggunakan dadah jenis semburan yang dipercayai belum dikesan oleh pihak polis," ujarnya kepada mStar Online.

Foto: NST

Sidang media itu diadakan di The Loft Event Space, Setia Alam dengan ditemani tiga peguam yang diketuai oleh Faizul Mohd Nasir daripada Tetuan Faizul Nasir & Co.

Menurutnya, Sofi Jikan juga telah memberikan keterangan kepada polis berkenaan perkara ini.

Farid mendedahkan gambar individu yang terlibat dan dia berasa kecewa selepas menyiasat dua orang yang dipanggil polis bukanlah orang yang sebenar.

Foto: Mstar
Foto: Mstar
"Saya tunggu untuk kawat cam daripada pihak polis tapi daripada gambar yang dikeluarkan di surat khabar ia bukan individu saya laporkan," ujarnya.

Selain itu dia juga akan menuntut keadilan kerana pada malam ketiga ditahan dirinya telah dibelasah oleh 11 orang anggota  polis berpakaian preman.

Kejadian itu berlaku pada jam lebih kurang 2 pagi dalam keadaan lampu ditutup.

"Kira-kira pukul 2 pagi lampu tiba-tiba ditutup dan saya terdengar bunyi tapak kaki datang berhampiran dan lampu terbuka semua. Saya kemudian dipakaian baju berwarna putih dan tidak boleh bergerak dan lampu ditutup semula.”

"Saya nampak tiga orang di atas kepala dan kiri dan kanan saya. Masa itu saya fikir matilah saya dan kesan darah banyak di baju kerana luka di dahi. Saya kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Melaya (PPUM), tambahnya lagi.

Foto: IG Farid Kamil
Laporan telah dilakukan atas kejadian tersebut namun maklum balas yang diterima daripada pihak polis mengecewakan dirinya selepas dibebas dari tahanan reman.

Harap Farid Kamil dapat menegakkan keadilan untuk maruahnya dan mereka yang menganiaya dirinya selama ini diberi hukuman setimpal. Ambil pengajaran dari kisah Farid Kamil ini dan berhati-hatilah ketika berkawan dengan sesiapa pun. - CARI 
21

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
16

Sedih
13

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bukan_ustazah 1-3-2018 10:54 AM
Ada kes sabotaj ke?? amboi abang polis 11 lawan 1 kang jadi kes mati macam budak askar tu baru tahu sesalan
Quote prettyuglybabe 1-3-2018 11:11 AM
hati-hati la sapa kawan dengan dia ni
Quote kak_lis 1-3-2018 11:15 AM
kau isap lagi sebelom buat PC ni? cerita tamil kollywood belit belit.
Quote EhhEtonLahh 1-3-2018 11:18 AM
bukan_ustazah replied at 1-3-2018 10:54 AM
Ada kes sabotaj ke?? amboi abang polis 11 lawan 1 kang jadi kes mati macam budak askar tu baru tahu  ...

eaa lahh fatiya
Quote samasam90 1-3-2018 11:24 AM
EhhEtonLahh replied at 1-3-2018 03:18 AM
eaa lahh fatiya

cobaan eton nak viralkan perkataanbaru, fatiya
Quote Zumbajunkie 1-3-2018 11:26 AM
Bodohlah siapa yang percaya cakap dia ni. Loyar dia pun loyar Boy Iman. Semua set set tak boleh pakai.
Quote sharlenetexas 1-3-2018 11:36 AM
nyanyuk ke tokyid?
nampaknya kes ni masih belum the end.

Quote EhhEtonLahh 1-3-2018 11:45 AM
samasam90 replied at 1-3-2018 11:24 AM
cobaan eton nak viralkan perkataanbaru, fatiya

memang fatiya laaa...eii
Quote Joannalee 1-3-2018 12:14 PM
Eleh die pukul polis xpe Konn bwh pengaruh dadah sabotaj. Polis pukul die Xblh . Masalah nye pukul ke die je berangan die kene pukul
Quote sungaiseram 1-3-2018 12:34 PM
drahma drahma sangattttt..
Quote pumpkingirl 1-3-2018 12:37 PM
Dalang la pulak
Quote Cucucaca 1-3-2018 12:45 PM
1st kata dadah dalam minuman
Ni kata dadah sembur pulak

Kata tak pernah kenal atau jumpa 2 individu yg dia namakan tiba tiba ada gambar dalam hp.

Namakan Osh dengan Taj tapi yg bagi statement hari tu Pot

Kalau kena belasah dgn 11 orang mana pulak kau tahu 11 orang. Matikan lampu abenda lah. Dalam lokap matikan lampu pon tetap ada cahaya masuk. Tak pernah lagi lokap gelap gempita. Boleh pulak orang nak tukarkan kau baju putih dulu.

Yg keluarkan medical history harap bukan dari ahli keluarga sendiri lah ya. Kalau kena pukul ramai2 mesti ada kesan kat badan kau yg direkodkan pihak hospital.

Makin lama makin nampak kau yg tak betol.
Quote sofiazara 1-3-2018 12:48 PM
gmbar last ni macam muka che mad

che mad comel dan berlembut bahasanya, kesian che mad
Quote innocentsangat 1-3-2018 12:53 PM
Eh mangkuk la putar belit cerita. Apedaaa
Quote Ambola 1-3-2018 01:08 PM
Mcm sinetron dah
Quote nonot 1-3-2018 01:15 PM
blh bt cerita Kabali 2.dia ganti Rajnikan.Padayappa...Farid ouh Farid
Quote BookerT 1-3-2018 01:18 PM
kena ke kami percaya nyah?!
Quote sukacactus 1-3-2018 01:31 PM
Lepas ni ko tumpu pada penulisan skrip je la yid!
High imagination sgt!
Quote gebugebas 1-3-2018 01:33 PM
Bukan dahi tu kesan die hantuk kepala  waktu dlm lokap?

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.054610 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top