CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dah Lama Plan Rupanya" - Netizen Tuduh Izreen Azminda Rancang Perceraian Suami

1-3-2018 01:50 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 17984| Komen: 59|Original author: Oleh: Suzy


Ramai terkejut apabila melihat sebuah akaun Instagram berkongsi status yang pernah dimuat naik Izreen Azminda suatu ketika dahulu dengan tujuan untuk menghentam pelakon itu. 

Pagi ini, kisah perceraian suaminya, Ude dan isteri pertama hangat diperkatakan dan Izreen tidak terkecuali daripada terpalit dengan 'drama' itu. 


Sumber foto: Bharian Online.


Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid sudah lebih empat tahun mendirikan rumah tangga bersama Intan Liyana sebelum mengambil keputusan menikahi Izreen pada November tahun lalu. 

Menjadi isteri kedua bagaikan suatu kesalahan jenayah hingga Izreen terus-menerus dilabel wanita jahat dan dikecam hebat oleh netizen. 

Sementara itu, akaun instagram eh.sentap.pula memuat naik ‘screenshot’ kapsyen dimuat naik Izreen yang seolah-olah ditujukan kepada seseorang.


Foto: Instagram

Pemilik akaun itu mengambil kata-kata tersebut seolah-olah ditujukan kepada bekas isteri pertama suami Izreen. Dia juga menyeru  netizen lain untuk memulaukan drama dan produk-produk yang diwakili oleh Izreen. Malangnya, tindakan pemilik akaun itu disahut baik oleh netizen. 


Foto: Instagram

Tanpa usul periksa, netizen melemparkan tohmahan dan menuduh Izreen menjadi punca penceraian suami dan isteri pertama biarpun pelakon itu telah menyatakan dia tidak terlibat dan tidak tahu mengenai perceraian tersebut. 

Sama ada kebetulan atau tidak, diharapkan Izreen atau artis lain dapat menggunakan media sosial sebaiknya. Bukan apa, bimbang disalah tafsir oleh netizen dan mencetuskan spekulasi tak berasas. Kadangkala, berdiam diri tidak bermakna seseorang itu lemah dan bersalah. - CARI
7

Bagus
8

Marah
15

Terkejut
1

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 1-3-2018 01:55 PM
amenda la reporter. berapa banyak thread pasal 2 ekor manusia nie. tabahlah intan, i wish u all the best and happiness that u truly deserve. Hugs!
Quote sukacactus 1-3-2018 02:08 PM
Artikel ni pro jering
Org bukan bising pasal ambik laki org
Ramai je retis menumpang kasih tp sedar diri
Ni jenis xsedar diri mcm israel ambik tanah palestin, paham ke tidak?
Quote Hypothetically 1-3-2018 02:20 PM
Edited by Hypothetically at 1-3-2018 04:51 PM

Sori lah dah terlambat for damage control. Kalau lah yg empunya diri tak bongkak, semua tak kan jadi seteruk ini. Korang nak buat Intan yg nampak salah kan, di bodoh-bodohkan sampai akhirnya, tengok apa yg jadi sekarang, makan diri siapa sendiri. Itu pun kalau dua ekor tu masih tak nampak kekuasaan ALLAH pun aku tak tahu apa nak cakap. C'mon man, yr future and yr reputation is hanging by the thread now,  agak2 lah nak buat zalim pada isteri sendiri, isteri yg susah senang ada sama2 dgn kau, bila dapat pompuan murah, kau buang dia mcm sampah, semua nya nak nampak salah dia skg, salah kau kat mana???   Bodoh punya manusia.
Quote mieymiey 1-3-2018 02:25 PM
Tanpa usul periksa, netizen melemparkan tohmahan dan menuduh Izreen menjadi punca penceraian suami dan isteri pertama biarpun pelakon itu telah menyatakan dia tidak terlibat dan tidak tahu mengenai perceraian tersebut.



Senyum sinis jer la iols baca
Quote Hypothetically 1-3-2018 02:30 PM
"Tanpa usul periksa" kepala tutttt kauuuuu.  Kalau berani tampil kan sekali interview Intan bersama MStar di sini. Biar video tu yg berbicara.
Quote shailyvelera 1-3-2018 02:45 PM
kebodohan apakah ini?? nak suh warga porem sayang jering ke? sorry.... #silameninggal
Quote mamapea 1-3-2018 02:49 PM
kifarah tu tetap ada...buat aniaya org bkn blh hidup tenang selamanya...semoga intan dpt jodoh yg lbh baik...
Quote giyomi 1-3-2018 02:57 PM
napa pas kawen baru nak cerai, napa tak cerai dl pastu kawen...nape lak kapsyen sebegitu rupa... reporter yg ni mmg xder etika, menulis ikut rasa bukan atas fakta.
Quote awanearisu 1-3-2018 02:57 PM
Tt, kalau tak faham isu tak perlu buat benang. Secetek itukah pemikiran anda? Mereka yang tidak berpuas hati bukan anggap isteri kedua ini penjenayah. Isunya adalah unsur PENIPUAN dan PENGANIAYAAN dalam poligami.

Mod @nazadiyah benang izreen azminda dah banyak dah.
Quote NadineNajmie 1-3-2018 03:01 PM
Alaaaa suzy pun kalis hencapan ke? Suzy ambil sikap i don't care??
Quote babypureen 1-3-2018 03:02 PM
awatlah jahat sangat ni....dah ambik hak org pandai2lah berkongsi.......jaga2lah kifarah tu ada....awak bina bahagia atas air mata org lain....
Quote prettyuglybabe 1-3-2018 03:03 PM
sudah la sebut nama mereka berdua ni..
boikot habis-habisan..
no more thread and artikel pasal izreen..
Quote rosannazmia 1-3-2018 03:06 PM
sukacactus replied at 1-3-2018 02:08 PM
Artikel ni pro jering
Org bukan bising pasal ambik laki org
Ramai je retis menumpang kasih tp seda ...

Mau x Pro. Kang kena saman dek pompuan tu kang.. Artikel yg ditulis sgt berhati2.. Mmg gini jela cari reputs play safe.. Xde side sapa2.. As usual..
Quote seri_mawr 1-3-2018 03:23 PM
izreen ni kot tak kawen ngan laki org pun..iouls mmg x minat dia berlakon...n jarang kot tgk drama lakonan dia...
klu tertgk pun x sengaja...
Quote harisbee 1-3-2018 03:31 PM
siannya budak intan ni..nangis2 kena interview....

tp life must go on. Org dah x suka kita...kita jangan paksa...walau hakikatnya ada yg menghasut mungkn tp kuasa talak kan kat tgn suami.....jgn nak kata suami kena bomoh kena pukau....kalu dia waras masa talakkan kita..maksudnya dia x nak kat kita lagi....jadi wpun syg terlalu dalam...pastinya luka tidak terkira....mohon budak intan ni teruskan hidup sendiri...lambat laut org akan menilai...mungkin akan dpt jodoh yg lebih baik di masa mendatang...kalu x dpt jodoh pun mungkin hidup lebih bahagia dan sempurna...jgn terlalu mengemis kasih...kerana kasih manusia kan x kekal...
Quote mizruncing 1-3-2018 03:34 PM
dia ni kan mmg x tau malu n acah2 xtau sgttttt. menyampah tgk
Quote sapeka 1-3-2018 03:37 PM
ish ish ish ishhhh
dah la uols
lupakan saja masalah rumahtangga depa2 ni
Quote Minami2013 1-3-2018 03:38 PM
Berapa byk thread die dah...
Quote epalgebuu 1-3-2018 03:39 PM
Berapa banyak benang korang nk bukak ni??

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.043810 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top