Kebelakangan ini memang ramai golongan selebriti yang mengeluarkan jenama sendiri dan apa yang menyedihkan mereka sebenarnya tiada ilmu pengetahuan yang lengkap dalam bidang fesyen. Tidak mahu berdiam diri, pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim tampil menyelar golongan ini. Katanya dia kurang setuju jika mereka hanya 'tangkap muat' sahaja terjun ke bidang perniagaan pakaian dan fesyen hanya semata-mata kerana wang sahaja. "Fesyen adalah satu industri yang serius dan dipandang tinggi, jadi bagi segelintir artis yang kurang tawaran berlakon atau jualan album tidak memberangsangkan, kemudian cuba untuk menjual baju. "Tolonglah jangan! Selagi saya masih hidup dan ada dalam industri ini, jangan pernah berani. "Jangan perkosa industri fesyen sebab fesyenlah yang boleh membina tamadun, mengubah ekonomi negara, mengubah watak seseorang individu dan memberikan pelbagai jaminan dalam aspek kehidupan manusia. "Oleh kerana itulah, adanya program seperti Gen F yang akan memaparkan betapa sukar dan ada banyak kriteria untuk menjadi seorang pereka fesyen," katanya kepada Astro Gempak. Betul juga apa yang Rizalman cakap. Setuju tak? -CARI |
9
Bagus |
6
Marah |
5
Terkejut |
10
Sedih |
7
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
LembingDayanti replied at 1-3-2018 01:06 PM
Kenapa aku benci je tengok muka Rizalman ni? Muka pondan jahat
KucingBiru replied at 1-3-2018 01:28 PM
Habis tu dia bukan asal interior design bukan asal hotel management tapi boleh pulak buka business i ...
ADVERTISEMENT