Sup berwarna merah? Rasa macam mana ya? Resipi sup berasal dari Singapura ini mulai menjadi menu pilihan di Johor Bahru dan semakin dikenali di sana. Kebiasannya, sup ini akan menggunakan bahagian tulang lembu atau kambing yang disebut gearbox ataupun bahagian tulang lain. Ia dinamakan sup kerana kuahnya boleh dihirup begitu sahaja, dicecah bersama roti ataupun dimakan dengan nasi putih. Pergh, memang mengancam nafsu makan! Uniknya resipi sup ini, ia menggunakan pelbagai jenis rempah. Jadi, kepelbagaian rempah ratus ini menyebabkan rasanya menyerap sehingga ke tulang lembu. Resipi membangkitkan selera makan ini pasti akan membuat perut terasa sendat kekenyangan! Berbanding dengan sup biasa, sup merah tulang daging ini juga mempunyai kepekatan yang tinggi dan boleh diubah suai untuk dimakan dengan mi atau spageti. Jom cuba resipi ini untuk kelainan! Bahan-bahan rebus tulang: 1 kg Tulang lembu 1 inci halia 1 batang serai 3 ulas bawang putih Sedikit garam Bahan rempah: 3 bunga lawang 5 bunga cengkih 3 buah pelaga 2 kulit kayu manis Bahan kisar: I biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 biji tomato (kalau ada) 2 batang serai 10 tangkai cili kering Bahan sos: 1 tin tomato puree ½ cawan Sos tomato 1 sudu besar Sos cili 1 sudu besar gula merah/Melaka 2 biji Kentang goreng dan kisar 1 cawan bawang goreng Cara-cara: 1.Rebus tulang bersama bahan-bahan merebus sehingga empuk. 2.Di dalam periuk lain, tumis bahan rempah sehingga naik bau. 3.Masukkan bahan kisar. Dan tumis sehingga pecah minyak. 4.Kemudian masukkan bahan sos. 5.Masak sehingga pecah minyak. 6.Seterusnya, masukkan air rebusan daging, kacau rata dan biarkan ia mendidih. 7.Masukkan garam dan gula merah. 8.Kemudian masukkan daging, kentang yang dipotong dan biarkan mendidih. 9.Sedia untuk dihidangkan. Kalau nak kelainan rasa spageti atau pasta, bolehlah cuba resipi mengancam ini. Gerenti tak menyesal! - CARI
|
9
Bagus |
8
Marah |
12
Terkejut |
16
Sedih |
17
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Victorioussss replied at 1-3-2018 05:31 PM
Berasal dari singapore? Lols
Gulai versi pantai timur or gulai merah aka gulai kawah je kot
ADVERTISEMENT