CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Tahan Malu Ditipu Katerer 'Warak'

2-3-2018 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18575| Komen: 150

Majlis perkahwinan pasangan raja sehari bertukar mimpi ngeri apabila diperdaya pihak katering yang gagal menyediakan hidangan pengantin dan lauk yang mencukupi untuk para tetamu seperti dijanjikan.


Menurut Nur Hazimah Abd Rani, dia menerima tawaran katering tersebut kerana terpedaya dengan perwatakan lelaki dari syarikat katering berkenaan yang nampak warak.



"Mula-mula jumpa nampak dia seperti baik je, 'innocent' sangat, dahi dia pun ada tanda hitam, pakai kurta, jubah, jadi, saya percaya dengan dia.

"Saya rasa tertipu selepas dapat tahu dia ni 'scammer' (penipu)," katanya.

Memetik mStar Online, majlis berkenaan berlangsung di sebuah dewan di Ampang, Kuala Lumpur, 4 Februari lalu.

Sehubungan itu, pihaknya membuat laporan polis serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Bayar pakej hampir RM16,000 tapi dia 'tarik' benda sikit-sikit (kerugian sekitar RM4,000), dia bagi makanan tapi tak cukup seperti yang diminta. Bayangkan dia letak lauk pengantin dalam bekas makanan.



"Saya hilang kata-kata sebab masa tu majlis tengah berjalan, saya buat-buat macam normal. Mujurlah kawan-kawan yang hadir tidak perasan sangat dengan kecacatan yang berlaku pada majlis saya," katanya.

Lebih menyedihkan, kek perkahwinan juga mencacatkan majlis berkenaan.

"Kek memang termasuk dalam pakej dan dia kata kek diberikan percuma kerana termasuk dalam promosi pakej.

"Sebelum ini, semua okay. Kek orang lain pun cantik dia bagi, rezeki saya dia bagi kek yang 'unik' lain daripada lain.



"Mungkinlah dia beli kek di kedai biasa lepas tu dia hias-hias, jadilah (kek) atas besar dan (kek) bawah kecil.

"Kami hanya harap dia keluar dan tiada lagi orang yang kena tipu sebab kasihan kepada mangsa," ujarnya.


Foto: Twitter

Terdahulu, Nur Hazimah, 26, memuat naik posting insiden berkenaan di laman Twitter dengan meluahkan perasaan malunya kerana majlis persandingannya jadi seperti 'sampah'. - CARI
6

Bagus
4

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
13

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 2-3-2018 09:58 AM
kelakaunyaaaaa kek tu....baik  letak setingkat jahhh
lauk pengantin tu ko keluarkan laaa hidang lam pinggan...
katering mana hauk gila nih???
Quote Changa 2-3-2018 10:01 AM
percaya sangat orang yang berjubah dahi hitam dek
Quote ctaz 2-3-2018 10:05 AM
tak buat research dulu ke....
sebelum tempah....
Quote fushimi 2-3-2018 10:05 AM
aku nasihatkan mana mana pengantin jangan ambil  semua sekali dengan satu vendor sahaja

cuba ambil berasingan sebab percent untuk kena tipu tu rendah.Kalau ambil semua dengan satu wedding planner kalau kena scam korang akan rugi kaw kaw

Quote batman_2007 2-3-2018 10:05 AM
Kau baca tu..@MatDeghem lain kali jgn minta sponsor lagi. Hehe
Quote fushimi 2-3-2018 10:06 AM
kek tu macam zaman  mak aku kawin je
Quote prettyuglybabe 2-3-2018 10:07 AM
nasib baik ada la jugak lauk pauk dari takde langsung..

Melalui posting tersebut, Nur Hazimah menyifatkan majlis persandingannya jadi seperti sampah dan amat memalukan kerana ia hanya dilakukan sekali seumur hidup.


zaman ni orang bersanding banyak kali..
so tak relevan
Quote noor2 2-3-2018 10:09 AM
Tak tahan nak gelak tengok kek tu........atas lain...bawah lain. ..macam senget pula tu....
Quote rosa_canina 2-3-2018 10:11 AM
lauk pengantin dlm tuperware tu mmg tak patut laa..

kurang2 hidang dlm piring/pinggan/mangkuk    
Quote fushimi 2-3-2018 10:11 AM
prettyuglybabe replied at 2-3-2018 10:07 AM
nasib baik ada la jugak lauk pauk dari takde langsung..

kan kan kan tetiba esok cerai berai ke next wedding kawin lagi bersanding lagi

so ayat bersanding sekali untuk seumur hidup tu cam tak kena je

aku pernah baca buku dalam tu tulis kita takkan tahu siapa jodoh kita sampai kita mati
Quote C1k_J4h 2-3-2018 10:12 AM
sedihnye
napela xsurvey betul2 katering utk majlis kahwin
Quote fushimi 2-3-2018 10:17 AM
noor2 replied at 2-3-2018 10:09 AM
Tak tahan nak gelak tengok kek tu........atas lain...bawah lain. ..macam senget pula tu....

baik beli kek sekeret resepi je

sedap dan puas hati
Quote noor2 2-3-2018 10:21 AM
fushimi replied at 2-3-2018 10:17 AM
baik beli kek sekeret resepi je

sedap dan puas hati

Kaka nak pesan.....fushimi kalau nak kawin nanti. ..jangan lupa ambil gambar pengusaha catering dulu dan detail diri dia. ..jika kena kes sebegini senang nak viral supaya orang lain tak terkena. ..hehe. ..
Quote kucingitam 2-3-2018 10:23 AM
penunggang agama kan ramai..jgnlah sbb nampak alim ko percaya dia bulat2 ye kak..
org bertudung pun blh gi clubbing ler ning...
Quote gadis_tulip 2-3-2018 10:29 AM
Takutnye kalo bende nie berlaku dalam hidup. Jiran aku penah kene jugok dgn catering nie. Majlis start kol 11, makanan tak sampai2. tetamu dah start datang. last2 terpaksa jamu tetamu mee mamak. Kesian aku tengok keluarga pengantin.

kenapa ada manusia cam nie ye.
Quote saviour_09 2-3-2018 10:30 AM
kesian
majlis sekali seumur hidup jahanam dek lobai jubur eh jubah dahi hitam
penampilan tak melambangkan peribadi

jubah belum tentu lebai
jeans rabak belum tentu kutu
Quote Modngengade 2-3-2018 10:31 AM
Changa replied at 2-3-2018 02:01 AM
percaya sangat orang yang berjubah dahi hitam dek

selalunya yg berkurta dahi hitam dan bercelak mata ini kuat sex sister....nak coba tak?
Quote CardiGans85 2-3-2018 10:31 AM
Adoi la kek tu..baik x pyh buat 2 tingkat. Potong satu2 dah la..tp mmg x jujur la katerer ni
Quote pearl.silver 2-3-2018 10:32 AM
Masa amik pakej ngn dia x tgk review ke..
Fb, insta
Klu bajet besar camtu npe tak amik ngn caterer yg dah establish mcm angsana ke, nirwana ke
Diorg punya pakej yg include dj berbaloi gak
Weols yg luar kl pun amik ngn depa je selamat dan yakin..

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.054764 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top