CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bogel Dalam Pesawat

5-3-2018 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9010| Komen: 56

Penumpang dikejutkan dengan tindakan lelaki warga Bangladesh yang berbogel dan menyerang kru penerbangan ketika dalam perjalanan ke Dhaka dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.


BH Online melaporkan, pesawat baru sahaja berlepas sebelum lelaki berusia 20 tahun itu berbogel dan memeluk dua kru penerbangan.


Foto: Harian Metro

Lelaki yang juga penuntut sebuah Universiti swasta di Cyberjaya itu turut menyerang ketua pramugari yang cuba menenangkannya.

Kru sempat memakaikan pakaian lelaki terbabit dengan bantuan penumpang sebelum mengikat dan mengasingkannya di tempat duduk berlainan kerana berada dalam keadaan tidak terkawal.


"Kami mengesahkan kejadian yang berlaku dalam pesawat berkenaan dan kru penerbangan sudah mengambil langkah keselamatan ketika kejadian berlaku, mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi menjamin keselamatan dalam pesawat," kata wakil syarikat penerbangan.

Tambahnya, pihak berkuasa Bangladesh menahan lelaki berkenaan sebaik sahaja pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal, Dhaka.


Foto: NST

"Penumpang berkenaan sudah ditahan dan diambil tindakan oleh polis Bangladesh. Pihak syarikat penerbangan sentiasa mengambil langkah keselamatan terbaik bagi memastikan penumpang berada dalam keadaan selamat," katanya. - CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote theskems 5-3-2018 09:51 AM
Mungkin dia ni keldai dadah.. Lepas tu paket dadah meletup dalam badan dia..
Quote zulka 5-3-2018 10:03 AM
dah la badan tak lawa bogel plak
Quote buragazz 5-3-2018 10:11 AM
theskems replied at 5-3-2018 09:51 AM
Mungkin dia ni keldai dadah.. Lepas tu paket dadah meletup dalam badan dia..

Aku pun terfikir benda yang sama.. klu nak kata fitnah dah sah2 nampak segala bulu2.. euww...
Quote CiliPadiSedap 5-3-2018 10:16 AM
theskems replied at 5-3-2018 09:51 AM
Mungkin dia ni keldai dadah.. Lepas tu paket dadah meletup dalam badan dia..

dadah narkoba ada dua jenis je :
metapatahmin > bawa kereta lawan arah
ganja > tampar kantor polisi

ini mungkin jenis dadah baru.
Quote iznanaziz 5-3-2018 10:29 AM
zulka replied at 5-3-2018 10:03 AM
dah la badan tak lawa bogel plak

ngko ni.  sempat lagi tu.
Quote zameyla 5-3-2018 10:32 AM
zulka replied at 5-3-2018 10:03 AM
dah la badan tak lawa bogel plak

hahaha............kan....
Quote batmana 5-3-2018 10:36 AM
theskems replied at 5-3-2018 09:51 AM
Mungkin dia ni keldai dadah.. Lepas tu paket dadah meletup dalam badan dia..

patut nya kalu meletup, dia jadi bijak, superpower bagai cm lucy

Quote Oroi8887 5-3-2018 10:43 AM
Issssh mesti trauma crew yg kena peluk ituuu... Hahaha
Quote jlo 5-3-2018 10:47 AM
aduih mimpi ngeri..sila cuci seats tu pakei cloroz yeah
Quote tetiberjer 5-3-2018 10:48 AM
errrrr seremmmm
Quote budaktua 5-3-2018 10:48 AM
Edited by budaktua at 5-3-2018 10:49 AM

dia tgk porn dgn laptop nya....

https://www.thestar.com.my/news/ ... on-kl-dhaka-flight/
Quote insulin 5-3-2018 10:50 AM
Sakit jiwa kut....
Quote Orix 5-3-2018 10:50 AM
Umur 20 tahun tapi body persis pakcik gomen umo 40-50
Quote sarahmirza 5-3-2018 10:52 AM
Bangla kaya ni.
Mampu belajar kat IPTS.
Mungkin stress ya amat pasal study.
Terus short circuit tak mampu berfikir secara waras.
Quote luvemedaa 5-3-2018 10:53 AM
Tak menyabar nak ngesek bini di kmpg halaman ke ane
Quote Artemesiaa 5-3-2018 10:55 AM
Ni Malindo Air rasanya kalau tengok bentuk seatnya tu.  Apa pun menyusahkan betul elok orang macam ni tak dibenarkan masuk ke negara ni elok suruh balik je.  Masuk sini pun buat jenayah pulak nanti tambah masaalah je.
Quote sukacactus 5-3-2018 11:00 AM
Sangap sgt dah ni
Dah la tgk porn kat laptop, abis hilang self control, bogel siap nak cabul crew lg.
Mintak simpang la dr jumpa org camni
Quote zafira 5-3-2018 11:07 AM
akak dapat WA ni smlm... akak ingat mangkuk mana hantar  gambar porn... dahlah buruk gendut pulak tu... tak sangka umur 20 tahun...  banyak pulak tu gambar ... sekali citer betul... hahahah.... dah delete dah pun gambarnya... boleh muntah darah tengok lama2...
Quote myakayina 5-3-2018 11:14 AM
seriously umur 20an? dah mcm bapak org aku tengok..  naked mcm tu haruslah trauma sapa2 yg ada sama dlm flight tu..

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.235855 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top