CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lupakan Bangkok, Hua Hin Di Thailand Sumpah Lagi Syok! Ini 7 Sebabnya...

6-3-2018 11:37 AM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 16880| Komen: 31|Original author: Oleh: Diba S.

Kalau sebut sahaja Thailand, nama-nama lokasi yang pasti terlintas di fikiran anda tentulah Bangkok,Krabi, Hat Yai dan beberapa nama yang agak popular di kalangan rakyat Malaysia. Namun nama Hua Hin agak asing kerana sebelum ini tiada penerbangan terus dari Malaysia. Apa yang istimiwa tentang Hua Hin? Nah kami kongsikan 7 sebab anda perlu menjejakkan kaki ke Hua Hin di Thailand! 


1. Malam di Hua Hin biasanya sangat sejuk

Foto:Says.com
Lokasinya yang strategik sebagai bandar tepi pantai membolehkan para pelancong menikmati angin laut yang sepoi-sepoi bahasa pada waktu petang. Selepas itu anda boleh ke pasar malam yang terkenal di sini dalam cuaca yang aman.

Musim puncak bermula dari Disember dan berakhir pada bulan Februari disebabkan cuaca sejuk dengan hujan yang minimum. Bagi anda yang tak suka kesibukan, anda boleh mengunjungi Hua Hin antara bulan Julai dan November kerana jumlah pelancong yang sedikit pada waktu ini. Harga hotel akan lebih murah dan anda masih boleh menikmati sinaran matahari pada waktu ini.

2. Perayaan makanan tahunan

Foto:Says.com
Pada akhir setiap November, pengusaha makanan jalanan, restoran dan hotel akan datang dengan tawaran makanan yang menakjubkan untuk Festival Makanan tahunan Hua Hin. Anda boleh menemui gerai makanan laut segar, pelbagai makanan tempatan dan juga pertandingan memasak.Biasanya ia berlangsung selama tiga hari. 

3. Ladang bunga matahari yang indah

Foto:Says.com
Ladang bunga matahari yang terkenal bukan sahaja terdapat di bahagian utara Thailand, malah ada juga di Hua Hin! Pada mulanya ia berkeluasan 80,000 meter persegi tetapi telah diperluas kepada 160,000 meter persegi kerana populariti yang semakin meningkat.

Bunga matahari biasanya berbunga penuh dari bulan November hingga Februari. Anda juga boleh melawat kuil Wat Huay Mongkol yang terletak berdekatan. 

Lokasi: Wat Huay Mongkhon
Waktu operasi: 5 pagi hingga 10 malam, setiap hari

4. Pasar Malam Cicada yang popular

Foto:Says.com
Jika anda peminat seni dan kraftangan atau peminat besar dalam label fesyen indie, anda mungkin suka Pasar Malam Cicada Hua Hin. Nama 'cicada' tidak merujuk kepada serangga, tetapi sebaliknya bermaksud 'Komuniti Kesenian Kebudayaan Identiti & Kegiatan Dinamik'. Anda boleh menemui pakaian, cenderahati, dan sabun artisan di pasar malam ini.

Lokasi: Khao Takieb-Hua Hin Road (Hua Hin 87)
Waktu operasI: Jumaat dan Sabtu, 4 malam hingga 11 malam

5. Taman Negara Khao Sam Roi Yot

Foto:Says.com
Mereka yang sukakan kehijauan boleh melawat Taman Negara Khao Sam Roi Yot, yang terkenal dengan Royal Pavilion. Perjalanan ke Royal Pavilion mungkin salah satu aktiviti paling menarik yang boleh anda lakukan. 

Masa yang diambil untuk ke sini ialah kira-kira 30 minit perjalanan di laluan yang agak curam. Mereka yang suka aktiviti lebih santai boleh melawat Thung Sam Roi Yot Freshwater Marsh. 

Ia sesuai untuk aktiviti perkhemahan.Taman Nasional hanya terletak sejauh 27 km dari bandar Hua Hin, dan boleh dicapai dengan mudah degan minivan dari pusat bandar.

Lokasi: Daerah Kui Buri
Waktu buka: 8 pagi hingga 3:30 petang

6. Pantai Khao Takiab yang menawan 

Foto:Says.com
Khao Takiab dikatakan pantai yang paling indah di Hua Hin, terutama dengan pemandangan patung Buddha yang besar. Pantai ini tidak sesak seperti pantai Hua Hin, jadi anda boleh menikmati masa yang tenang dengan keluarga atau rakan anda. Terdapat banyak restoran tepi pantai di sepanjang pantai yang menyajikan makanan laut yang segar dan paling popular ialah Supatra by the Sea. 

7. AirAsia kini terbang ke Hua Hin 4 kali seminggu
Dengan penerbangan langsung AirAsia ke Hua Hin, anda tidak lagi perlu menghabiskan masa tiga jam di jalan dari Bangkok untuk melawat destinasi popular Thai ini. Tambang penerbangan bermula dari RM79 sahaja! Ayuh, tunggung apa lagi, tempah penerbangan anda ke Hua Hin sekarang! -CARI
10

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
12

Sedih
17

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 6-3-2018 12:33 PM
dh pi hua hin tahun lepas.psr cicada tu owesome mcm psr seni
Quote ms.mango 6-3-2018 12:44 PM
no. 5 tu cantiknyaaa
Quote Artemesiaa 6-3-2018 02:59 PM
Baguslah dah ada direct flight tak perlu turun Bangkok lagi untuk kesana
Quote nolya 6-3-2018 04:57 PM
InsyaAllah, will take note to that.  Baru je kemaren balek dari Hat Yai. Okey la sebab kami tinggal di Lee Garden Hotel,  waktu mlm ada pasar mlm depan hotel. Ada gerai dn resto halal berdekatan.

Di Hua Hin ni ada makanan halal ke?
Quote afie_m 7-3-2018 08:56 AM
macam best ja..tapi makanan halal senang ke dapat
Quote jo_je 3-11-2018 07:36 PM
makanan halal ada ke disini?  kalau ada ON jer
Quote cintapdyg1 1-12-2018 12:04 PM
Nak share trip kami ber4..
Trip hua hin, Thailand, 2-6 nov 2018.

2/11 -  naik ETS dr kl sentral k padang besar, RM76/pax, jam 11.30pm, sampai padang besar 5.15am.

3/11 - Breakfast & sbb sampai awal so cari van ke hatyai dpt rm20/sorg.bertolak 6.40am.hala k imigresen msia..lpstu naik van hala k imi Thai..sgt smooth.. Alhamdulillah..
Sampai hatyai 8am.. Jln2 area hatyai town..sambil survey harga brg kat pasar pagi/kim yong market..lpstu cari tuk2 utk naik area cable car..dia caj 500bath return...x jadi sbb mahal..so kami jln kaki utk ambik van d clock tower utk ke Hatyai municipal city..sorg 10bath. Sampai municipal park jln ke dlm sikit utk naik shuttle k area cable car..return 50bath/sorg.enjoy the view masa kat atas.view sgt awesome..dgn angin sempoi2 bahasa..dah puas berehat/makan/bergambar..turun utk lunch d area municipal tpt ambik shuttle van..sgt murah dan kena dgn selera..lps rehat di surau terus k train station utk k hua hin. Naik tuktuk 20bath/sorg..Train delay plak..bertolak 4.40pm..supposed naik train k hua hin jam 3.39pm, 509bath(sleep)/379bath(seat) non aircond..train sampai je terus ada 1 guy tanya hua hin kan?sbb kami je ladies yg bertudung yg naik dr hatyai...kami pun kat 'ye'..bagusnya layanan yg diberikan..pandai cakap melayu..dan dia juga org islam..ramai juga staff dlm train ni org islam..train ada aircond plak..best gak naik train ni..cadarnya sgt best..nak beli satu tapi x dpt.. waktu dia tukar seat jadi tpt tidur kami tgk dia cukup cekap dan pantas buat kerja..sekejap je dah siap..dia juga bgtau bila kami akan sampai di hua hin...mmg sgt tiptop lah service mereka..kami beli train tix online je di thairailwayticket.

4/11 - sampai hua hin station jam 6.42am
Bergambar di hua hin railway station.
Beli breakfast nasi briani area belakang train.....murah & ayam sgt besar dan lembut..ada kedai  makanan halal yg lain juga..makan d train station, jln kaki utk cari jenny hostel hua hin..lokasi sgt best sbb area pasar mlm..setiap mlm ada pasar mlm ...Check in hotel, rehat sekejap. Lpstu kluar cari tuk2 utk tpt2 yg nak dituju..jumpa satu tuk2 dia charge 1500bath/4org/6 destinasi..
Mrigadayawan palace,30bath(kaw yg sgt cantik tapi tgh buat reno..)
Santorini park, 150bath/pax
Swiss sheep farm,120bath/pax(sgt enjoyed dan stay lama di sini).blkg tpt ni ada makanan halal..ada masjid/surau..
Camel republic,150bath(kami x pergi)
Plearn wan market, vintage concept
The venezia..130bath.
Driver tuk2 offer utk next day 1300bath..dia bawa k national park,phraya nakhon cave,7 kings,satu pantai(lupa namanya)..yg ada patung buddha besar tu..
Mlm jln kaki utk cari restaurant seafood halal area hua hin..try d halal hua hin beach seafood.. Oklah makanan dia..lpstu jln kaki balik k Hua hin night bazar.. Singgah di satu lg night bazar.. Chatsila/cicada market...mmg berdekatan dgn hostel je..kat sini ada satu kedai halal yg jual kebab..di night market berdekatan dgn hostel juga ada satu booth yg jual halal food..kami mmg nak makan seafood je.. Souvenir kat night market murah juga..

5/11 - breakfast awal...beli d 7-11 dekat dgn hostel..8.30am driver smlm dtg ambik.
Sampai Khao sam roi yot national parks bayar 200bath/sorg..ada 2 options utk k Phraya nakhon cave..naik boat atau hiking..boat bayar 400bath..kami hiking utk enjoy the view..sgt awesome spjg 20min hiking..sampai area administration utk k phraya nakhon cave..terus hala k phraya nakhon cave..kaw sgt bersih..mmg dijaga..view yg sgt menarik..bentuk batuan juga sgt rare..spjg perjln hala k cave juga sgt bersih.sblm 11am dah sampai dlm cave..Alhamdulillah dpt tgk matahari memancarkan cahayanya jatuh ke atas singgahsana yg kecil lg comel tu..ada yg jaga kaw dlm cave..sgt bersih..lama juga dlm cave utk enjow the view hingga matahari tinggal separuh cahaya menerangi cave..kluar cave rehat sebentar di pantai sblm hiking balik k tpt asal..sampai tpt asal minum air kelapa yg sgt sedappp.lps hilang penat kat tpt makan tu kami nak k fresh water area sam roi yot...tapi org2 kat situ bgtau tpt tu closed sbb jambatan tgh diperbaiki...cuba juga nak k sana tapi mereka kat x berbaloi..apakan daya..so driver tu bawa k kaw pantai..lupa plak nama pantai dia yg ada patung buddha besar tu..lps enjoy angin pantai..terus k 7 kings..ambik gambar sekejap dan balik hostel..
Ptg tu jln2 cari makan...seafood semestinya...mooz hua hin.. Makanan kat sini mmg sgt sedapp.berbaloi..balik jln kaki singgah Hua hin night bazar.borong souvenir..and cari kereta utk k airport don mueang esok pagi..2000bath..

6/11 - breakfast beli di 7-e and check out 6am.
Naik 4wd brand toyota....3 jam perjlanan..Sampai don mueang airport awal, 8.30am. Boarding time 11.30am. 12.10pm, Naik flight AA Bangkok k hatyai, rm97/pax.
1.40pm Sampai hatyai.cari tuk2 utk k hatyai town..
Shopping di hatyai utk beli kekacang/ikan bilis..dek kerana confius dgn masa msia/thai..jadi dah lambat utk k pdg besar.. Supposed naik train dr pdg besar k kl jam 6.05pm..so cari bas alisan golden coach..alhamdulillah ada tix..rm90/pax.bas sgt selesa..tpt duduk mcm tilam..syok tidur..sampai tbs jam 3.30am.

Hua hin ada makanan halal..kami mmg x sempat nak merasa sbb visit area yg jauh..kalau stay area town mmg ada je makanan halal.. timing kena tau bila buka/tutup kedai halal tu..
Quote nanajo 1-12-2018 12:29 PM
Macam bes je
Quote anggerik 7-12-2018 01:29 PM
cintapdyg1 replied at 1-12-2018 12:04 PM
Nak share trip kami ber4..
Trip hua hin, Thailand, 2-6 nov 2018.



rindu hua hin..
eskrim kelapa pasar malam tu mmg mabeles

Quote bottombikini 7-1-2019 07:41 PM
Edited by bottombikini at 8-1-2019 09:03 AM

baru balik HH jumaat lepas
pegi naik tren from hatyai, balik naik flight
melepak HH sampai 6 hari...muntah

amik tour rata2 thb1500/day, half day thb1000

tempat yang kitorang pegi:-
1) santorini - gambo best2 kat sini , sini ada tempat solat, takde halal tapi ada vegetarian. entrance fee beli kat counter dia THB150. time ni ada sale converse buy 1 free 1 chuols...
2) venizia - takde benda sangat, fountain pun tak hidup tapi bole la nak amik foto lawo2. restoran halal nama mura2 sebelah kedai2 souvenir kat pintu masuk. sini pun ada tempat solat. entrance fee beli kat klook RM15.
3) hutsadin elephant village - ni tempat pemuliharaan gajah. member minat sangat dgn gajah so sheols amik tour & mandikan elephant. sapa berminat package tu thb800.
4) plearnwarn - kompleks mall konsep retro. kat luar mall ni menghala ke 7E ada makcik jual pulut ayam & briyani ayam. sedap ok bila lapar bebeno...nak pulak anak dia ensem cam sinetron thai
5) cicada - pegi malam new year. best ada live band & opera. kami melantak ikan bakar set & noodle beef. sini ada 2 stall halal noodle beef & briyani
6) palace mrigadayavan - tempat ni mmg beso & best menikmati senibina rumah raja. rasa kembali ke zaman Rama 6. btw kan ada satu ruangan tu ada baju pengantin queen..cam seremsss
7) market village - mall biasa tapi belah bawah tu banyak jual souvenir2 & baju2. no halal food at foodcourt
8) Chatsila NM - sini ada 1 stall jual kebab makcik/pakcik tu bole cakap melayu
9) Hua Hin NM - takleh nak pegi sangat askem kelapa dia tu. hujung sekali 100m ke kiri ada stall makcik jual tomyam lazat gile. kalo 170m ke kanan ada kedai muslim jual roti canai malam2
10) cha am beach - ok la nak melepak2 bawah pokok, makan seafood...siap free wifi haha klaka
11) sunflower garden - pegi juga sekadar nak berfotoria dibawah mentari gitiew..lawo weh gambo2
12) kedai halal ada lagi 2 kat depan railway tapi kan ada satu kedai tu jangan la korang order tomyam dia..nasi goreng ok kot
13) kedai halal lagi 1 kat soi 74 kot sebelah TH beach resort, ni branch yg kat depan railway tu. ada la jual roti2 canai gak.
14) The choc factory - saja masuk  tengok2 tak beli apa pun
15) Grand NM - tak pegi pun takpe, serupa thai fair kat tempat kita je


so conclusion, halal food bukan satu masalah di Hua Hin & grab pun banyak. ke mana2 amik grab. rasa best naik keta fortuner, mazda c3, navara, paling ngok pun toyota yaris (tetiba rasa nak tuko keta mazda..huhu)
Quote aarwen 7-1-2019 08:08 PM
So cantiknya!!!
Quote azradiza 8-1-2019 08:39 AM
bottombikini replied at 7-1-2019 07:41 PM
baru balik HH jumaat lepas
pegi naik tren from hatyai, balik naik flight
melepak HH sampai 6 hari. ...

bagi lah gegambo seketul dua chuols
tgh plan nak pi sana bulan 9 ni
Quote bottombikini 8-1-2019 09:06 AM
azradiza replied at 8-1-2019 08:39 AM
bagi lah gegambo seketul dua chuols
tgh plan nak pi sana bulan 9 ni

nanti ye..iols was born zaman chulalongkorn
so lambat sikit le gegambo nye

tapi kalo uols nak tanye mende meh iols bole jadi guide (macam terer)

Quote suesz 8-1-2019 11:10 AM

Sempat masuk Hua Hin Oct lepas,  masa tu panassss sangat.

tak ingat nama pantai yg dalam pekan tu, hmmmm boleh laa..
so datang sana, aktiviti makan and makan je lahh.. dari ke pasar malam sambung lagi ke pasar malam yang lain ehhe.. banyak gila kot pasar malam kat sana...

seafoods dia fresh and murah.. baby slipper lobster tuuu alahaiii sedapnya...iols yang sabahan ni pun rasa lagi fresh and murah baby lobster kat sana...sambil makan dengan pineapple juice sampai skrang teringat2... sotong kering ketuk2 ...sedapp...

Santorini tak pegi sebab rasa  mahal pulak entrance fee tu... lepas tu ingatkan nak naik ke ladang biri2 tu... tapii masa tu aiols tersilap amik train ekekeke.. so jadinya... babai goodbye je lah..

PS: iols tak teringat pula nak guna grab service ... huhuhu...
Quote yellowfish 8-1-2019 08:53 PM
Hua hin ni xde aktiviti air ke? Snorkelling? Makan2 aje ye?
Quote adeqbelon 29-1-2019 09:31 AM
Iolss baru balik dari Hua Hin ahad lepas ( 3D 2 N) - family with 3 kids.

Day 1 ( Jumaat )

Flight 10.20am arrival 12.30pm - option flight tak byk cuma 2 je time weekend itupun airasia.
Naik taxi ke hua hin town 500bth - grab tak bole amik passanger kat airport. kalu nak kena tgu kat luar. range utk grab 240bth.
Stay Kat The lapa Hotel- hua hin. Hotel best and terletak sebelah bluport shopping complex, ada shuttle bas free untuk pegi cicada market, clock tower and chatsila night market.
KUl 7.15pm naik shuttle bas gi cicada market and pickup balik kul 9.30 dari cicada.

Day 2 ( Sabtu )
10.00am naik shuttle bus gi clock tower. Actually xde pe sangat kat sini cuma menara jam yang x berapa nk tinggi pun and sebelah dia ada temple untuk dilawati.
Amik Grab pegi The Swiss Sheep farm 450bth perjalanan dalam 30 min.
Tiket masuk swiss farm tu 150bth utk dewasa and 110bath utk kanak2. Kanak2 bawah 80cm free.
Sini best kalu bawak budak2 tapi kena kuar duit gak kalu nk bagi makanan kat binatang ( kambing, kuda, arnab) and naik kuda. Range dalam 20 - 50 bth seorang.
Amik grab pegi santorini park 150bth - admission fee 150bth per person tak kira dewasa atau kanak2. Pastu satu tiket dpt 1 free ride.
Then amik grab pegi pleanwarn market 450bth. Ni xde admission fee. Tempat ni tak besar sangat and jual souvenier and ada tempat makan cuma xde tempat makan halal.
Pastu kitaorang naik tuk tuk ( yang mcm pickup lorry tapi  make sure naik yang kaler ijau ) balik hotel 10bth sorang.
Kul 7.15 dari hotel gi chatsila night market naik tuk tuk 15bth sbb da lepas kul 7 malam.

Day 3 ( Ahad )
Flight depart 11.40pg dari hotel jam 9.45pg naik grab 230bth.
Nanti aku share apa experience aku kat lain posting.

Quote moonbug 29-1-2019 11:52 AM
adeqbelon replied at 29-1-2019 09:31 AM
Iolss baru balik dari Hua Hin ahad lepas ( 3D 2 N) - family with 3 kids.

Day 1 ( Jumaat )

Share lagi please, especially bab makan
Quote adeqbelon 29-1-2019 02:16 PM
Makanan halal- senang cite memang agak mencabar, kalu susah2 ko end up makan maggi cup je la he3.  Antara tempat yg ada makanan halal adalah seperti berikut:

Bluport shopping mall hua hin- sebelah the lapa hotel.
- KFC
-Burger King ( Mcm burger king tu ada tertulis dlm list muslim pro ( halal food ), tp bila aku tya kaunter bdk tu mcm blur2 je maybe sbb dia x phm sgt english so sbb aku x confident aku x beli. lgpun dalam menu dia mmg ada tulis pork burger. So kalu rasa was2 xyahla)
- Doner kebab
- Food hall ada satu gerai jual roti canai ngan bubble tea yg ada logo halal.

Cicada market ( ada 4 pilihan gerai )
- gerai jual musels
- gerai jual nasi beriani
- gerai jual beef noodle
-gerai jual sotong goreng tepung
( semua gerai ni terletak kat bhgn kiri - ada logo halal )

Chatsila market ( 2 gerai je )
- gerai jual nasi campur ngan masakan panas. masuk pasar dari belah kiri jalan smpi hujung, pastu kiri sikit.
- Gerai kebab. Masuk pasar belah kanan pastu ada nampak cam gerai bawah bumbung. sebelah tempat orang jual gajus goreng.

Santorini park - mmg xde kedai yg ada logo halal. kalu nk makan pun desert cam crepe or aiskrim.
Swiss Sheep farm- ada tmpt makan tp aku tak jenguk sbb time tu pagi so blom lapar lagi.
Plearnwan - xde kedai makanan halal.

sekian info makanan halal yg  dapat aku carik.
Quote mya^ixoRa 19-3-2019 05:21 PM
Hi nak tanya, kat HH ni ramai Malaysians mcm kat Krabi tak?

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.083717 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top