Biasanya pizza yang kita makan tidak kira yang dibeli atapun yang buat sendiri, kebanyakannya berwarna coklat atau keperangan. Jarang sekali pizza itu berwarna hitam. Rasa agak seram juga bila mendengar pizza ada yang berwarna hitam ini.
Sudah pasti berbagai persolan muncul dalam kotak fikiran kita kan? Yela, macam mana rupanya, bagaimana pula dengan rasanya. Dan macam-macam lagi.
Terbaru, Pizza Hut Indonesia memperkenalkan produk terbarunya iaitu Black Pizza dengan dua pilihan iaitu Black Pan Pizza dan Black Pan Stuffed Crust. Memetik dari TravelKompas.com, pizza yang berwarna hitam ini mempunyai rasa original (Black Pan Pizza), dan juga keju mozarella (Black Pan Stuffed Crust). Pewarna hitam yang selamat dan HALAL Ramai yang pelik dengan warna hitam pizza itu dan bertanya bagaimana sebiji pizza boleh berwarna hitam. Menurut General Manager Pizza Hut Indonesia iaitu Jeo, pizza yang berwarna hitam ini menggunakan pewarna alam semulajadi yang halal untuk dimakan seperti arang kelapa, kayu dan pewarna semulajadi yang lainnya. Uniknya Black Pizza Untuk Black Pizza, pizza ini dipenuhi dengan taburan Meat Monsta. Topping ini terdiri daripada daging lembu panggang, daging sosej, daging kisar dan juga cendawan. Yang menarik lagi, adunan pizzanya disalut dengan taburan keju Mozarella di bahagian atasnya. Mesti sedap ni kan? Keunikan lain Pizza ini ialah ia memilik warna yang hitam yang unik dan juga memiliki rasa dan tekstur yang istimewa. Tapi sayang, Black Pizza ini hanya boleh dinikmati di outlet Pizza Hut Indonesia sahaja. Tidak di Malaysia. Jika anda berpeluang untuk travel ke sana, jangan lupa untuk mencuba pizza versi baru ini ya! - CARI |
ADVERTISEMENT