Rasa macam terbang ke bulan tak lepas makan Nasi Beriani Roket ni? Kalau nak tahu 'terbang 'ke tak, anda perlu mencubanya sendiri!
Nasi beriani gearbox kambing merupakan tarikan utama restoran Nasi Beriani Roket di Ayer Keroh, Melaka. Sebenarnya ia digelar Nasi Beriani Roket kerana nasinya dimasak menggunakan kukusan silinder yang berbentuk seakan-akan roket. Menurut salah seorang pengasas restoran ini, setiap hari lima ekor kambing digunakan memandangkan permintaan yang tinggi. Nasi Beriani di restoran ini dimasak menggunakan rempah terpilih dan berkualiti tinggi.
Harga sepinggan nasi beriani gearbox kambing ialah RM12 manakala nasi beriani lain: ayam RM8, daging RM8 dan ayam goreng rempah juga RM8. Restoran yang telah beroperasi sejak 26 Februari 2017 ini bukan saja dikunjungi penduduk dalam negara, malah ada yang datang dari Singapura dan juga Brunei. Ia beroperasi dari pukul 11.30 pagi hingga 7 malam. Menurut empunya kedai, restoran ini sememangnya sibuk. Buktinya lebih 800 pinggan nasi beriani terjual pada hari biasa, manakala 1,000 pinggan di hari minggu. Anda boleh memesan Nasi Beriani Roket untuk perkhidmatan katering di 013716 2411, 017724 1497 dan 012678 5747 Alamat: 17-1, Jalan Kota Fesyen 1, MITC, Ayer Keroh. Cawangan: Lot PT 2 Jalan Besar, Durian Tunggal. Ayuh 'meroket' ke Melaka dan cuba Nasi Beriani Roket bersama keluarga atau teman-teman! -CARI
|
11
Bagus |
15
Marah |
19
Terkejut |
9
Sedih |
26
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
VespaSilbe replied at 7-3-2018 12:33 PM
Dah makan banyak nasi briyani dr luqstuck ,espee, penang, kayell dan jaybee.
Dah try makan hat ni ...
gam_gajah replied at 8-3-2018 04:26 PM
Nasi Beriani Hj Tamby kat Melaka katanya sedap sgt
ada yg pernah try tak
uda replied at 8-3-2018 10:11 PM
Dah try.
Tak sedaplah, biasa aje. Ayam dia sikit punya kecik dan tak cukup kuah(ayam masak merah) ...
AmandaRollins replied at 8-3-2018 11:16 PM
Org melaka mmg suka beratur ek???
Dari coconut shake,kuih keria ,now nasi beriani plak
gam_gajah replied at 8-3-2018 04:26 PM
Nasi Beriani Hj Tamby kat Melaka katanya sedap sgt
ada yg pernah try tak
ADVERTISEMENT