CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ini Cerita Aku" - Surat Terbuka Aizat Amdan Untuk Ayah Buat Ramai Terharu

7-3-2018 02:24 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 3515| Komen: 5|Original author: Oleh: Khair


Sebelum ini, sering kali kita mendengar pelbagai rungutan orang ramai tentang perkhidmatan yang diberikan doktor dan jururawat di hospital terutama apabila ahli keluarga atau orang terdekat mengalami kesakitan. 

Bagaimanapun, catatan penyanyi terkenal Aizat Amdan telah membuka mata orang ramai tentang bagaimana baiknya perkhidmatan yang telah doktor dan jururawat berikan sepanjang bapanya ditempatkan di hospital. 



Menurut Aizat, pada penghujung 2017, bapa kesayangan diserang strok untuk kali keempat menyebabkan dia ditempatkan di tiga hospital berlainan iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang Puteri dan Hospital Rehab Cheras.

Tambahnya, sepanjang bapanya berada di hospital, dia dan adik-beradiknya banyak belajar tentang cara menguruskan pesakit yang mengalami strok daripada doktor dan jururawat. 


Foto: IG Aizat

Bahkan, Aizat turut terharu apabila keluarga dan pesakit lain turut memberikan sokongan kepada bapa dan keluarganya untuk sembuh dan dia sangat menghargai sokongan orang ramai ketika itu.

"Saya sangat berterima kasih kepada seluruh tenaga jururawat yang sentiasa sabar dan berhati-hati sewaktu mengendalikan pesakit serta keluarga mereka. Saya berjanji tidak akan memandang rendah status mahupun peranan mereka yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada kita" ujar Aizat di dalam suratnya itu.

Apa yang dikongsikan penyanyi lagu "Sampai Ke Hari Tua" itu mengenai kesedaran cara penjagaan orang sakit dan betapa bagusnya staf hospital melaksanakan tugas mereka membuka mata ramai netizen tentang perkara ini. 


Foto: FB

Apa yang boleh dikatakan, sebenarnya menjaga ahli keluarga yang sakit itu bukanlah terletak pada doktor dan jururawat semata-mata, sebaliknya ahli keluarga sendiri perlu memainkan peranan sepanjang proses rawatan. Semoga bapa Aizat cepat sembuh. - CARI
19

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
14

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 7-3-2018 02:56 PM
Sedap suara aizat ni.
Quote CiliPadiSedap 7-3-2018 03:14 PM
akak selalu confuse aizat dengan faizal tahir.
Quote umbut 7-3-2018 03:22 PM
CiliPadiSedap replied at 7-3-2018 03:14 PM
akak selalu confuse aizat dengan faizal tahir.


Jauh sangat ni
Quote Artemesiaa 7-3-2018 05:49 PM
Bagus sebab beliau berfikiran terbuka menghadapi dugaan dan tak menanggap ia satu bebanan
Quote gekkou 7-3-2018 06:48 PM
nak baca full story kat twitter tu
sesiapa tolong la tepekkan

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.046375 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top