Menggantikan gula pasir dengan gula merah sememangnya memberi cita rasa berbeza pada makanan mahupun minuman. Pernah tak anda gunakan gula merah atau gula melaka dalam minuman terutama teh atau kopi? Pergh, memang mantap dan padu rasanya!
Malah, ramai memilih untuk minum kopi dengan mencampurkan gula merah kerana menganggap ia lebih berkhasiat berbanding gula pasir putih. Ia suatu fakta atau mitos semata-mata? Ha, baca dan hadam info ini! Memetik Vemale, pakar nutrisi Jansen Ongko berkata, tak jauh beza pun kedua-dua jenis gula ini. Habis, apa yang berbeza? Adakah pada warna dan rasanya saja? Menurut Jansen, beza kedua jenis gula ini hanya pada kandungan mineral. Macam mana pula dengan kandungan kalorinya? Setiap 100 gram gula merah dan gula pasir masing-masing mengandungi lebih kurang 300 kalori. Jadi betullah, perbezaan keduanya lebih pada rasanya sahaja. "Orang pakai gula merah kerana rasanya. Tapi, kalau dibandingkan dengan Diet Indeks Glikemik, sebenarnya daya serap ke tubuh sama saja. "Jadi, ia sama sahaja. Tiada yang lebih sihat di antara keduanya," katanya. Tambahnya, rasa khas dari gula merah itu terhasil dari proses pembuatannya di mana kandungan molases yang membuat gula berwarna coklat memiliki rasa berbeza dari gula putih. Alamak, dah terbau-bau pula aroma teh susu dicampur gula merah. Sedap dihirup waktu petang begini! - CARI |
7
Bagus |
12
Marah |
14
Terkejut |
25
Sedih |
23
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT