Keputusan penuh apakah nasib yang bakal menimpa dua pemain badminton negara yang didakwa terlibat dalam skandar mengatur perlawanan akan diketahui minggu depan. Menurut Berita Harian Online, menerusi sumber terdekat Persekutuan Badminton Dunia (BWF), badan itu dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi memandangkan isu ini menjadi perhatian ramai. BWF sudah menerima laporan penuh dari tiga panel yang mengadili sesi pendengaran itu pada 26 dan 27 Februari lalu di Singapura. Kedua-dua pemain tersebut berdepan enam pertuduhan mengatur perlawanan dalam enam kejohanan berbeza antara tahun 2013-2016. Meskipun BWF masih belum mengumumkan secara rasmi siapakah dua pemain itu, namun kelibat Zulfadli Zulkifli dan Tan Chun Seang kelihatan ketika sesi pendengaran di Singapura. - CARI
|
20
Bagus |
4
Marah |
17
Terkejut |
20
Sedih |
15
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT