Plastisin atau lebih dikenali sebagai 'playdough' sememangnya merupakan salah satu permainan yang amat digemari oleh kanak-kanak. Bermain dengan playdough bukan sahaja mampu meningkatkan tahap kreativiti anak-anak, malah boleh membantu perkembangan minda mereka.
Permainan ini juga membantu menajamkan fikiran melalui aktiviti seperti menekan, menguli, menggelek dan kemudian membentuk playdough menjadi bentuk yang diingini. Walaupun playdough yang tidak berjenama tidaklah mahal berbanding dengan jenama Play-Doh, tetapi sekiranya ibu bapa mempunyai ramai anak, sikit sebanyak ianya akan mengganggu bajet bulanan untuk perbelanjaan rumah.
Mungkin ramai yang tidak tahu yang playdough ini boleh dibuat sendiri di rumah. Bukan sahaja menjimatkan kos malah ianya juga tidak membahayakan kesihatan sekiranya anak-anak tertelan playdough ini. Melalui Facebook Mingguan Wanita, kami kongsikan resepi playdough homemade dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur! Bahan-Bahan: 1 cawan tepung gandum 1/2 cawan garam halus 2 sudu besar cuka 1 sudu besar minyak masak Air panas secukupnya Sedikit pewarna makanan (ikut warna kesukaan) Cara membuatnya: 1. Masukkan tepung, garam, cuka dan minyak ke dalam bekas dan gaul sebati. 2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga menjadi doh yang licin. 3. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan. 4. Uli sehingga warna sebati pada doh. 5. Dah siap! Boleh terus main dan simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lama. Playdough ini tahan sehingga 3 ke 4 bulan. Untuk lebih tahan, simpan playdough ini di dalam bekas plastik 'ziplock'. Mudah dan jimat bukan? Jumlah kos yang diperlukan tidak sampai RM10 pun! Selamat mencuba. Jangan lupa kongsikan hasilnya dengan kami ya! -CARI
|
10
Bagus |
18
Marah |
22
Terkejut |
10
Sedih |
10
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT