Ayuh Malaysia!! Satu lagi cabaran buat atlet negara bakal bermula dan 178 atlet sah akan membawa cabaran kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel 2018, di Gold Coast Australia bulan depan. Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM. Berita gembira turut diumumkan, 6 atlet negara yang sebelum ini merayu telah dimasukkan dalam senarai.
Atlet yang berjaya ialah ialah Zaidatul Husniah Zulkifli dari sukan olahraga. Muhammad Danieal Haikkal (basikal), Abraham Eng Wei Jin dan Charles Chen Seong Fook dari sukan menembak. Dua lagi adalah Ho Ying untuk acara pingpong danYang Chen Yin bagi acara Triathlon. Kesemua mereka disenaraikan dalam kontinjen negara akan beraksi pada 4 hingga 15 April depan, berikutan beberapa kuota tambahan telah diberikan jawatankuasa penganjur kepada Malaysia. Bagaimanapun Lembaga Eksekutif MOM bersetuju tidak menghantar atlet dalam sukan tinju selepas satu-satunya wakil mereka, Fuad Redzuan masih mengalami kecederaan keretakan tulang pipi kiri. - CARI |
12
Bagus |
7
Marah |
7
Terkejut |
27
Sedih |
13
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT