Polis menahan lelaki tempatan berusia 22 tahun dipercayai membawa air ketum di hadapan Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia Sungai Rengit, malam semalam.
Sinar Online melaporkan, air berkenaan dibawa di dalam sebuah van jenis Ford dan tangkapan dibuat pasukan khas Balai Polis Sungai Rengit pada jam 11.40 malam, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah. "Hasil pemeriksaan lanjut di dalam van telah menjumpai dua peti tong ais berwarna biru dan oren. Pemeriksaan dalam tong ais berwarna biru tertera tulisan Seven Seas Ice mengandungi 17 bungkus air ketum. "Sementara pemeriksaan dilakukan ke atas peti tong berwarna oren tertera tulisan Ocean mengandungi lapan bungkus air ketum,"katanya. Polis turut menemui sebuah beg galas berwarna hitam mengandungi lapan botol berisi cecair disyaki ubat batuk 'DYNADRYL SYRUP' serta sebuah kotak berwarna hitam jenama GIVI mengandungi wang tunai sebanyak RM1,010. "Suspek ditahan dibawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 dan direman selama empat hari bermula 8 hingga 11 Mac ini. "Kes juga disiasat di bawah Seksywn 12(2) ADB 1952 kerana ubat batuk yang dirampas disyaki mengandungi Kodein," katanya lagi. - CARI |
19
Bagus |
28
Marah |
19
Terkejut |
12
Sedih |
11
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT