Anda penggemar daging kambing? Anda suka rasa dagingnya yang berjus apabila dibakar? Nah! Ini restoran yang wajib anda kunjungi kerana promosi hebat ditawarkan pemiliknya. Di Rawang Burger Bakar, daging kambing bakar dijual dengan harga serendah RM1. Mula dilancarkan pada Ramadhan 2015, menu ini menjadi tumpuan utama pelanggan. Istimewanya, harga ini hanya ditawarkan pada setiap hari Sabtu sahaja.
“Kambing bakar RM1 ini kita jual pada hari Sabtu setiap minggu tetapi ia terhad kepada 40 gram sepinggan untuk seorang. “Waktunya (ia dijual) dari 7 malam hingga 9 malam,” kata pemilik RBB Jumsani Mohd Halimi, 46, dipetik daripada Malay Mail Online. Menurut Jumsani atau mesra disapa Sani, idea untuk menjual daging kambing bakar dengan harga serendah itu adalah bertujuan mempromosikan kedainya selain ingin beramal. Ia hanya mengambil masa selama 3 jam untuk kambing bakar habis dijual pada harga tersebut apabila pelanggan mulai beratur di RBB seawal jam 6 petang sehingga habis pada jam 9 malam. Harga runtuh itu adalah jauh berbeza jika dibandingkan pada hari lain iaitu RM15 untuk daging seberat 100gram yang disertakan salad dan sos. Selain kambing bakar, terdapat juga menu lain yang disediakan antaranya, shellout RM10, nasi goreng kambing RM12 dan mi goreng kambing RM12. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di Facebook Rawang Burger Bakar atau Kambing Golek Bakar. - CARI |
16
Bagus |
8
Marah |
19
Terkejut |
19
Sedih |
26
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT