Kontroversi yang melibatkan Fathia Latiff memang tak sudah-sudah. Sejak video live Bigonya tersebar, memang pelakon ini terus-terusan menjadi mangsa kecaman netizen. Bagaimanapun Fathia, 30 tidak mahu mengenang lagi masa lalu dan berharap agar sesiapa yang memuat naik video tersebut di laman sosial akan memadamkannya. "Saya mohon kepada sesiapa yang ada memuat naik video live Bigo itu, saya minta untuk padam rakaman tersebut. "Saya sedar kesilapan lalu dan tak mahu lagi video itu terus berada di laman sosial terutamanya di YouTube. "Saya tak mahu generasi saya akan datang menonton video tersebut. Kesilapan itu telah menjadi ikhtibar untuk saya dan merupakan pengajaran yang sangat berguna," katanya kepada mStar Online. Aktres drama Ariana Rose ini juga tidak mahu terus dibayangi kisah lalu dan kini berusaha menjadi seorang individu yang lebih baik. "Saya kena teruskan kehidupan dan tak nak fikir lagi fasal kontroversi lama. Kalau fikir benda tu ia hanya akan membuatkan saya semakin ke belakang. "Saya pun dah tak larat nak cakap tentang isu lama dan tak mahu kes itu membuatkan saya makin tenggelam. "Apa yang saya nampak, kesilapan dulu membuatkan saya jadi lebih baik dan merupakan satu anjakan dalam hidup supaya saya tak mengulanginya lagi," tambahnya. Baguslah begitu. Didoakan agar Fathia akan lebih berjaya selepas ini. -CARI |
1
Bagus |
6
Marah |
2
Terkejut |
4
Sedih |
8
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kuzaime replied at 12-3-2018 01:04 PM
Statement sbb betul2 dh insaf ke @ propa semata2 sbb job dah kurengg??
siputsedut replied at 12-3-2018 01:22 PM
Kalau tekya bebetul insof...berdisiplin ke set...jaga diri jaga imej...mungkin meols bakalan uturn y ...
umbut replied at 12-3-2018 01:16 PM
Alahai.. izara relax je.. lagi terbuai2 kopek dia
ADVERTISEMENT