Macam-macam! Gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, perlawanan hari minggu Greek Super League di antara dua seteru utama, PAOK dan AEK Athens bertukar panas apabila pemilik Kelab PAOK bertindak memasuki padang dengan pistol di pinggangnya. Pada perlawanan itu, pemain PAOK, Fernando Valera beranggapan dia berjaya menjaringkan gol pada lewat permainan. Namun jaringan itu dibatalkan pengadil yang sekaligus menimbulkan kemarahan penyokong PAOK termasuklah pemiliknya, Ivan Savvidis yang berjalan masuk ke padang dengan kelihatan pistol di pinggangnya.
Perlawanan dihentikan dan penonton terpaksa menunggu laporan pengadil mengesahkan sama ada jaringan itu perlu dibatalkan atau tidak. Namun jurulatih AEK Athens, Manolo Jimenez terdengar Savvidis mengugut pengadil dengan kata-kata 'Saya akan menyelesaikan awak'. Jimenezi terdiam dan merasa ia seakan-akan dalam babak filem. AEK Athens mendakwa akan memfailkan laporan kepada FIFA dan UEFA. - CARI
|
ADVERTISEMENT