Fuh, sekali lihat memang segak habis ahli perniagaan ini berjalan ke pejabatnya. Tapi, ada benda yang tak kena dengan kakinya. Jika lelaki berkerjaya lain segak memakai kemeja dan sut serta berkasut formal, berbeza dengan Ashley Maxwell-Lam, 30, yang mendakwa selesa berkasut tumit tinggi, lapor Mail Online. Pengurus projek di sebuah syarikat insurans itu mendakwa dia mula memakai kasut tumit tinggi setahun lalu apabila rakan sekerja wanita memberitahu bahawa dia berasa yakin dan berkuasa setiap kali memakai kasut tumit tinggi. "Selepas memikirkannya, saya terus ke kedai kasut untuk mencuba kasut tumit tinggi. Ketika itulah saya memutuskan untuk memakai kasut tumit tinggi ke pejabat," katanya kepada The Project. Menurut Ashley, memakai kasut tinggi melonjakkan keyakinan dirinya dan membuat dia berasa sangat berkuasa seperti boleh melakukan apa sahaja. Hingga kini, dia memiliki sembilan pasang kasut tumit tinggi dengan empat daripadanya untuk kegunaan pejabat sementara lima lagi untuk digunakan ketika bercuti. Macam-macam cara digunakan untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang. Tapi, kalau lelaki Malaysia buat begini, memang menempah makian sajalah nampaknya. - CARI |
17
Bagus |
20
Marah |
36
Terkejut |
47
Sedih |
29
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shernazz replied at 14-3-2018 03:17 PM
Kasut tumit tinggi.ni mmg menjadikan jalan x bersepah..hahaha
Iols pon kakau pakai kasut tumit mmg ...
Orix replied at 16-3-2018 07:07 AM
Jwpan uols sama mcm toksriti.... sheols pn ckp benda yg sama
shernazz replied at 16-3-2018 07:12 AM
Ye ke uols? Hahaa
Tp memang la..jalan jadi teratur gitchu..
Flat shoes..habis ciri ciri wanita m ...
makita replied at 17-3-2018 09:43 PM
Hahah meols pkai flat shoes...terpaksa la bajet acik acik. Meols start umo 30 x bole da pkai kasut ...
ADVERTISEMENT