Tahniah! Dua juara dunia, Mohd Azizulhasni Awang dari sukan berbasikal trek dan Cheong Jun Hoong dari sukan terjun, dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan Anugerah Sukan Negara 2017. Ini anugerah kali ketiga buat Azizulhasni selepas 2009 dan 2010 dan yang pertama buat Jun Hoong setelah memenangi anugerah pasukan wanita kebangsaan bersama Pandelela Rinong pada Anugerah Sukan Negara 2016. Majlis gilang gemilang itu dihadiri Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad Kelima yang berkenan menyampaikan piala pusingan dan wang tunai 20,000 ringgit kepada Mohd Azizulhasni Awang dan Cheong Jun Hoong yang diwakili adiknya. Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocketrocket Man’ melakar sejarah dengan memenangi pingat emas dalam acara keirin di Kejuaraan Dunia Berbasikal Trek Uci 2017 Di Hong Kong. Jun Hoong pula cemerlang mengetepikan penerjun handalan China untuk meraih pingat emas acara 10 meter platform individu wanita di Kejuaraan Akuatik Dunia Fina Di Budapest, Hungary Tahun Lepas. Anugerah Olahragawan Para diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan kejayaan cemerlang meraih pingat emas Kejohanan Dunia Olahraga Para 2017 dalam acara lontar peluru f20 di London. Pemenang pingat emas sukan Olimpik Rio itu juga memecah rekod dunia 16.84 meter miliknya apabila melakukan lontaran sejauh 17.29 meter. - CARI |
12
Bagus |
14
Marah |
7
Terkejut |
4
Sedih |
18
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
LostStar replied at 15-3-2018 02:10 PM
ko tak layak dapat wahai azizul.
ADVERTISEMENT